Biodata Kumpulan Dem Lepak Boyz Peserta Big Stage 2023

Dem Lepak Boyz Big stage 2023 merupakan sebuah kumpulan yang disertai oleh dua orang ahli iaitu Zaidy dan juga Hazel. Mereka telah mengeluarkan dua buah single iaitu Abang datang dan juga Jerat. Dem Lepak ini juga pernah menyanyikan lagu DESTINASI yang turut di gandingkan dengan artis dan penyanyi lain seperti Ara Johari, Masya Masyitah dan lain-lain.  


Biodata Kumpulan Dem Lepak Boyz



Terbaru mereka akan menyertai peserta - peserta lain mencuba nasib dalam big stage 2023 tau. Ramai tak sabar nak tengok kebolehan mereka berdua musim ini yang akan bermula pada 7 Mei nani.

Biodata DEM LEPAK BOYZ

Kita mulakan dengan Zaidy. nama sebenar Zaidy Dem Lepak Boyz adalah Ahmad Zaidyansjah Ruddyansjah. Dia di lahirkan pada 25 November 1996 dan kini telah berusia 27 tahun.

Zaidy merupakan anak kelahiran Tawau, Sabah dan merupakan anak sulung daripada 5 beradik. Dia juga pernah mendapat pendidikan di ASWARA dan sejak itu dia berkerjaya sebagai penyanyi, penari dan juga pelakon.

Bagi korang yang belum follow ig dia, boleh follow instagram zaidy lepak boyz untuk mendapatkan update terkini daripada mereka ya.


Biodata Kumpulan Dem Lepak Boyz


Salah seorang lagi adalah Hazel. Nama sebenar hazel dem lepak boyz adalah Meor Aiman Mukhris Mohd Sabri. Dia dilahirkan pada 5 November 1997 dan kini telah berusia 26 tahun.

Hazel berasal dari Ipoh, Perak dan mendapat pendidikan di Taylor's University. Bagi korang yang nak follow ig hazel, bolehlah follow instagram hazel dem lepak boyz ini untuk update terkini daripada mereka ya.

Info dan Maklumat

Kumpulan Duo ini memulakan karier seni mereka pada 2012 apabila mereka telah memenangi pertandingan SHOWDOWN. KKetika itu, kumpulan ini dibarisi oleh senior mereka.

Mulai 2021, Zaidy dan Hazel cuba untuk menyambung semula kumpulan ini dalam bidangnyanyian. 

Mereka juga menyertai All together Now Malaysia musim 1 dan menjadi naib juara pertandingan tersebut. Sekarang ini dapatkah mereka mmberi saingan dalam big stage 2023 pula? sama-sama kita nantikan.


Previous Post Next Post