Biodata Elly Mazlein Pengacara Big Stage 2023

Pengacara Number Syatuu, Elly Mazlein terus mengorak langkah dia dalam arena pengacaraan apabila dipilih untuk mengacara big stage 2023. Selepas GV9 baru baru ini terus dapat job baru ya. Tapi ramai yang suka dengan cara havoc dan gila gila kak lina pompom ketika mengacara di tv. Jadi sebab itulah dia sentiasa menjadi pilihan pihak Astro. Berikut merupakan biodata Elly Mazlein penyanyi dan pengacara terkenal Malaysia.


Biodata Elly Mazlein Pengacara Big Stage 2023


Kalau korang ingat, nama elly ni dulu satu level dengan Tokti dan Liza Hanim tau. Suara dia pun lebih kurang sama jer waktu tu. 

Biodata

Nama sebenar Elly Mazlein adalah Sharifah Aida Mazlina binti Syed Hanafi. Dia dilahirkan pada 17 Disember 1980 dan kini sudah ber umur 43 tahun.

Kalau korang belum follow IG kak Lina, korang boleh follow instagram elly mazlein untuk update terkini daripada pengacara no syatu nii ya. 

Anak jati negeri perak ini merupakan penyanyi dan pelakon yang aktif sejak tahun 1997 tau.

Elly pernah mengeluarkan 4 buah Album iaitu Sutera Kasih pada 1997, Satu Persatu (1999), Elly (2001) dan Atas Nama Cinta (2003).

Lagu yang popular nyanyian elly mazlein adalah seperti

  • Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan
  • Bungaku Bakawali
  • Sabarlah Hati
  • Pendita Penipu
  • Cukuplah Sekali

Untuk bidang lakonan pula, Elly kali pertama muncul dalam Gerak Khas yang diarahkan oleh Yusof Haslam. Selain itu drama yang turut dibintangi oleh pengacara number 1 ini adalah Spa Q, Vila Ghazara, Patah Sayap Bertongkat Paruh, Kau Yang Pertama, Kampung People dan Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis.


telefilem 

  • Sembilu Kasih
  • Jangan Simpan Tangismu
  • Pelita Buluh
  • Asam Pedas Pewitt.


filem 

  • Janji Diana
  • Tangkai Jering
  • GK3 The Movie
  • Awan Dania The Movie 
  • Kapsul

Suami

Bagi yang tidak tahu, suami pertama elly mazlein adalah Azmi Hatta dan mereka berkahwin pada 9 November 2014 dan mendapat seorang anak perempuan. Mereka bercerai pada 15 Oktober 2015.

Kemudian, Elly terbuka hati menerima lamaran Cikgu Mohamad Azlin dari Kelantan dan berkahwin pada 17 Januari 2020.

Akhir sekali, rezeki kak lina pom pom tidak pernah berkurang dalam dunia seni dan sudah pasti dia boleh kekal dalam industri ini untuk jangka masa yang panjang. Good Luck Kak Lina!

Previous Post Next Post