Biodata Ajai Juri Big Stage 2023

Biodata Ajai Juri Big Stage 2023. Penyanyi dan juga pengubah lagu terkenal di Malaysia ini memang berbakat malah dia juga merupakan salah seorang ahli kumpulan Exist tau. Ajai dari dulu memang terkenal dengan suara yang sedap dan juga gandingannya bersama dengan nurul menjadi fenomena di malaysia satu ketika dahulu.


Biodata Ajai Juri Big Stage 2023


Kini namanya menjadi sebutan apabila kekal menjadi juri untuk rancangan yang diminati ramai iaitu big stage 2023.

Biodata dan Profil Ajai 

Nama penuh Ajai adalah Mohd Faizal bin Maas dan dia dilahirkan pada 14 Mac 1975. Ajai merupakan anak jati Masai, Johor Bahru, Johor .

Pernah berkahwin dengan Noorulhuda Abdul Wahab dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Ayu Nazirah. Namun mereka bercerai pada tahun 2006. 

Kemudian pada 2009 Ajai berkahwin dengan Norliza Ilias dan dikurniahkan seorang anak perempuan bernama Danisha dan perkahwinan ini kekal sehingga hari ini.

Korang boleh follow instagram ajai untuk mendapatkan kemaskini terbaru dari penyanyi ini ya.

Karier

Penyanyi ini pernah memenangi Anugerah penyanyi lelaki popular pada tahun 2002 dengan lagu Bisikan Asmara yang dibawanya secara solo. Selain itu, dia juga pernha memenangi anugerah lagu terbaik di AIM sebanyak 3 kali.

Perjalanan kariernya sudah tidak perlu diketengahkan lagi apabila dia menjadi sebahagian daripada penyanyi dan komposer musik yang berbakat dalam Malaysia. Kalau dulu gandingannya bersmaa Nurull mencipta fenomena, sekarang ini kehebatannya menjadi juri dalam melahirkan anak seni mendapat pujian ramai.

Kita harap ajai terus berkarya dalam dunia seni kerana karyanya sangat detail dan juga berkualiti. Semoga terus sukses!

Previous Post Next Post