Biodata Aina Abdul Penyanyi dan Juri Big Stage 2023

Biodata Aina Abdul Penyanyi dan Juri Big Stage 2023. Penyanyi yang sudah perlu diperkenalkan lagi dalam dunia seni Malaysia. Aina yang mula dikenali dalam program Mentor Legend berjaya meraih kejuaraan di World Championships of Performing Arts (WCOPA) 2014 tau seterusnya mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.


Biodata Aina Abdul Penyanyi dan Juri Big Stage 2023


Aktiviti terkini Aina abdul adalah dia menjadi juri big stage 2023 bersama dengan juri lain seperti Ajai, Lah Ahmad dan juga Nora Danish.

Biodata dan Profile Aina Abdul 

Nama sebenar aina abdul adalah Nurul Aina binti Abdul Ghani. dia kini telah berusia 30 tahun dan merupakan anak jati negeri sembilan. Pernah mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri dan Universiti UCSI di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Aina menyanyikan lagu sumpah yang menganggkat isu tekanan dan kemurungan berjaya layak ke AJL 34 tau. Dia juga mempunyai kelab perminat bernama Aination. 

Korang yang belum follow ig aina, boleh follow di Instagram Aina Abdul untuk update terkini daripadanya ya.

Karier

Aina abdul mula menempah nama dalam industri apabila single pertamanya bertajuk ini yang kau mahu menjadi tular pada tahun 2015. Kemudian beberapa lagu lain yang popular seperti Sumpah , Ribut Hati dan lain-lain turut mendapat tempat dalam industri musik tanah air.

Selain itu, Aina pernah berlakon dalam Seindah Takdir Cinta pada tahun 2016 dan turut menggapa juara Golden Voice Of MBPJ 2012, tempat kedua Bintang Idola Berita Harian 2011, bergelar finalis Irama 1 Malaysia RTM 2010, Metro Idol 2010 dan Bintang Remaja RTM.

Akhir sekali karier Aina abdul sekarang ini memang semakin meningkat naik. Malah dia juga telah berjaya memenangi rancangan The Mask Singer Malaysia musim 1 serta menjuarai ajl 37 menerusi lagu Terus Hidup.

Bakatnya juga semakin diminati dan tak mustahil dia boleh menjadi penyanyi No 1 Malaysia. Kita doakan Aina terus sukses dalam kerjayanya di masa hadapan. Suka sangat dengar suara aina ni. aura dia lain macam tau. hehe.


Previous Post Next Post