Telefilem Sumpahan Peti Ais

Sumpahan Peti Ais ini mengisahkan tentang kepulangan seorang gadis dan suaminya ke kampung membuatkan si ibunya tidak berpuas hati. Apa lah pula kena mengena dengan peti ais tu? Pelakon utama dalam telefilem ini adalah Sherry Al Hadad, Didie Alias, Sharifah Sakinah, Arieff Yong dan Puteri Eisya. 


Telefilem Sumpahan Peti Ais


Sinopsis SUMPAHAN PETI AIS

Telefilem ini mengisahkan tentang Tina. Dia telah pulang ke kampungnya bersama dengan suami pada bulan puasa. Tetapi ibu mertuanya yang bernama kiah tidak berpuas hati selepas mendapati jualan Tina lebih laris dari jualan mereka.

Tina juga ada masalah iaitu dia menganggap peti sejuk dirumah kiah sudah tua dan uzur. Dia juga mendakwa, peti tersebut tidak mampu menampung kenaikkan jualannya.

Kiah yang sudah menyampah dengan Tina, terus menyumpahnya menjadi peti ais. Persoalannya sekarang adakah Tina akan insaf dan dapat melarikan dirinya dari rumah mertuannya itu?

Info dan Pelakon

Telefilem lawak ini disiarkan pada hari raya pertama iaitu pada 22 April 2023, pukul 10:00 pagi. Ia diarahkan oleh Reen Emran.

Berikut merupakan pelakon sumpahan peti sejuk. Antaranya adalah Sherry Al Hadad, Didie Alias, Sharifah Sakinah, Arieff Yong, Puteri Eisya dan ramai lagi.

Selamat menonton.

Previous Post Next Post