Telefilem Quran Pondok Buruk Lakonan Fauziah Nawi

Telefilem Aidilfitri, Quran Pondok Buruk ini dibintangi oleh pelakon hebat seperti Rosyam Nor, Fauziah Nawi dan Raja Azura. Sebenarnya telefilem ini telah ditayangkan pada hari raya pertama baru-baru ini. Jalan cerita dia memang menarik dan menyentuh perasaan penonton. Ramai beri komen best untuk telefilem raya seperti ini.


Poster Quran Pondok Buruk


Sinopsis Quran Pondok Buruk

Telefilem ini menceritakan tentang 3 orang adik beradik. Mereka ini merupakan anak derhaka dan terdesak untuk mendapatkan pengampunan oleh ibu mereka. Namun sayang sekali sebab ibunya telah meninggal dunia.

Salah seorang dari 3 beradik itu bernama Usop. Dia ni pernah berdosa dan telah berusaha menjadi lebih baik tetapi Usop diuji dengan perpecahan keluarganya.

Oleh sebab itu jugalah dia kembali melakukan dosa-dosa dia yang lalu. Semakin banyak ujian menimpa usop, dia mula menyalahkan dan memarahi tuhan. Bahkan dia hampir sahaja membakar pondok buruk yang menjadi tempat dia bermunajat sebelum ini.

Disebabkan aksi ingin membakar pondok tersebut juga hampir meragut nyawa isterinya si Som. Akhirnya dia mula sedar dan dia perlu berusaha menyatukan keluarganya. Dapatkan Usop merealisasikan impian tersebut?

Quran Pondok Buruk

Telefilem ini disiarkan pada 1 Syawal pada tarkh 22 April 2023 baru ini. Ia ditayangkan pada jam 10 pagi dan 8.30 malam di Astro Ria.

Peminat karya rashid sibir, korang kena tengoklah cerita ni sebab dia yang arahkan tau. Berikut merupakan senarai pelakon quran pondok buruk ini.

Waktu Siaran: 1 Syawal, 10:00 pagi / 8:30 malam

  • Rosyam Nor
  • Fauziah Nawi
  • Raja Azura
  • Vanidah Imran
  • Jalaludin Hassan
  • Iman Zulkarnain

Kalau nak tulis review tu, aku boleh cakap telefilem ini memang best dan banyak memberi pengajaran terutamanya kepada kita sebagai anak-anak ini. Masa kita mungkin tidak lama dengan ibu bapa kita. selagi mereka ada kia perlu hargai mereka.

Korang yang terlepas tu boleh lah layan di Astro yer. Selamat menonton.



Previous Post Next Post