Telefilem Challenge Accepted

Hai korang, berkenaan challenge accepted yang merupakan sebuah telefilem sempena hari raya 2023. Cerita challenge diterima ini dibintangi oleh pelakon seperti Ryan Bakery, Erysha Emyra, Shasha Nadira dan beberapa lagi pelakon lain. 


Ryan bakery Challenge accepted


Sinopsis

Telefilem challenge accepted ini mengisahkan tentang kehidupan seorang influencer bernama Jeff. Dia merupakan influencer hebat dan sangat kaya. Jeff suka menayangkan kekayaannya. Dalam salah satu video dia itu mendapat komentar yang banyak.

Penonton dia tertarik dengan seorang gadis berpurdah di dalam video tersebut dan membuat komen cabaran supaya jeff mengorat wanita berkenaan. Jeff sahut cabaran itu dan kita tengok bagaimana jeff buat #challengeaccepted dia.

Dapatkah dia melamar gadis berkenaan?

Info

Telefilem ini akan ditayangkan pada 28 april 2023 pada hari jumaat jam 10 pagi. Ia akan ditayangkan di Astro Ria tau. lagi satu kalah korang tak tahu, cerita ini diarahkan oleh hadith omar dan dibintangi oleh pelakon-pelakon berikut;

  • Ryan Bakery
  • Erysha Emyra
  • Shasha Nadira Rosli 
Agak-agaknya bagaimanalah lakonan si ryan tu dalam cerita ni kan. adakah challenge ini akan viral dan mendapat tempat dalam kalangan penonton? sama-sma kita nantikan dan selamat menonton.

Previous Post Next Post