Telefilem Bro Jenin

Hai korang! Bro jenin merupakan sebuah telfilem raya yang akan disiarkan di astro Ria. Jenin ini mengisahkan tentang dirinya yang telah merentas masa dari masa silam kepada zaman sekarang ini. Dilakonkan oleh Daiyan Trisha, Remy Ishak, Azizul Ammar dan Malle Christian Anderson. 


Telefilem Bro Jenin


Anda boleh tonton cerita bro jenin ini di saluran Astro Ria pada 27 April 2023

SINOPSIS BRO JENIN

Untuk pengetahuan korang, bro jenin ini merupakan mat jenin yang hidup di masa silam. Akibat daripada terjatuh dari pokok ketika asyik berangan, dia telah tersedar di tahun 2023. Terkejut sungguh mat jenin bila dia tengok semuanya lain apabila berada di zaman sekarang.

Dia cuba menyesuaikan diri dengan zaman ini. itupun nasih baiklah ada emily. kalau tidak memang gelabahlah si jenin tu. hehehe Emily pula merupakan seorang animator. dalam perkenalan dia dengan jenn banyak perkara lucu yang berlaku.

Mungkin faktor perbezaan masa dan zaman ada yang berlainan. Tetapi brother jenin kena balik ke masa dan zaman dia secepa mungkin. dapatkah dia kembali? atau akan terus terperangkap di tahun 2023 ini?

Cara Tonton : ASTRO RIA 

Waktu tayangan : Khamis, 27 April 2023, pukul 10:00 pagi

Pengarah cerita : Dharma Nasution

Barisan pelakon terdiri daripada

Daiyan Trisha sebagai Emily

Remy Ishak sebagai mat jenin

Azizul Ammar

Malle Christian Anderson

Aku yakin cerita ini memang lain daripada lain. Pasti penuh dengan gelak ketawa dan juga komedi mencuit hati. tak sabar sungguh nak tunggu untuk tonton bro jenin di saluran astro.

Selamat menonton.


Post a Comment

Previous Post Next Post