Sinopsis Telefilem Senaskah Braille

Telefilem Terbaru, Senaskah Braille ini mengisahkan seorang ibu yang buta penglihatan yang tidak dapat membaca alquran lalu menyebabkan si anak nekad menghadiahkan sesuatu. Dilakonkan oleh pelakon hebat bernama Aida Khalida dan Danish Hazriq.


Sinopsis Telefilem Senaskah Braille


Cerita ini bakal ditayangkan di TV1 pada 8 April 2023, Sabtu pukul 9 malam. Apakah kesudahan kisah ibu dan anak ini menjelang bulan ramadan? sama-sama kita saksikan tau.

Sinopsis Senaskah Braille

Telefilem pendek ini mengisahkan tentang nekad seorang anak bernama Naufal yang mahu membeli Al-quran Braille untuk ibunya yang buta selepas terlibat dalam sebuah kemalangan.

Lebih manis lagi, Naufal nekad menyerahkan hadiah tersebut sebelum bulan ramadan menjelang. Dia juga berhajat untuk berjumpa dengan ayahnya yang dia tidak pernah jumpa seumur hidupnya.

adakah hajat naufal dapat dikabulkan?

Info dan Pelakon

Senaskah braille ini diarahkan oleh Khalid Sulaiman dan skripnya ditulis oleh Najmie Maziez Mazelan. Ia akan ditayangkan pada hari Sabtu, 8 April 2023, 9:00 malam di saluran TV1.

Berikut merupakan senarai pelakon yang terlibat dalam cerita ini. 

  • Aida Khalida
  • Danish Hazriq
  • Qistina Raisah
  • Hamidah Wahab
  • Zaidi Omar
  • Azri Iskandar
  • Izzat Hakimi

Selamat menjiwai telefilem menarik ini dan jangan lupa untuk tonton senaskah braille ini diTV1 YA.

Previous Post Next Post