Sinopsis Telefilem Diari Chinta

Telefilem Raya, Diari Chinta ini mengisahkan perjalan kehidupan Chinta yang selalu gagal dalam percintaannya. Dibintangi oleh pelakon seperti Ben Amir dan Tracie Sinidol.


Ben Amir dalam diari chinta


Cerita mengenai chinta ini akan disiarkan pada 24 April ini, Isnin pukul 10 pagi di Astro Ria atau strim di Astro GO.

Sinopsis Diari Chinta

Bagi yang tidak tahu, Chinta yang selalu gagal dalam kisah cintanya kini diberikan sebuah diari ajaib untuk menulis babak cinta yang diidamkan oleh seorang wanita misteri. 

Impian yang ditulis Chinta itu menjadi kenyataan dengan kemunculan Ben namun tidaklah selancar yang disangka. Pelbagai kejadian ganjil yang berlaku setiap kali babak cinta itu dilaluinya. 

Obsesi Chinta pada diari tersebut akhirnya membawa kepada kekecewaan yang lebih parah apabila mengetahui Ben adalah tunangan orang yang juga memiliki diari yang sama seperti Chinta.

Info dan Pelakon.

Macam aku bagi tahu, kalau nak tonton diari chinta full, korang kena tengok pada tarikh 24 April 2023 nanti pada jam 10 pagi. Ia merupakan idea asal Syawal Azrai Mokhtar. Manakala skripnya ditulis oleh Srikandi Emma dan Seri Dewi.

Lebih menarik lagi apabila cerita ini diarahkan oleh Hadith Omar dan antara pelakon yang terlibat dalam cerita ini adalah Ben, Amir, Tracie Sinidol dan Yuna Rahim.

Selamat menonton.


Previous Post Next Post