Sinopsis Telefilem Anak Tuan

CerekaAhad, Anak Tuan ini mengisahkan seorang wanita yang mempunyai sakit kanser dan hanya mempunyai jangka masa 6 bulan untuk hidup. Antara pelakon utama dalam cerita ini adalah Fasha Sandha dan Azizah Mahzan.

Update 9 Mei, telefilem ni akan diulangsiarkan sekali lagi untuk kali keduanya pada hari ahad ini 10 Mei 2026 tau. Jadi korang yang terlepas tu boleh lah tengok. Bagi aku yang dah tengok cerita ni boleh aku bagitahu korang yang korang kena siap-siapkan tisu ya. kalau tidak basah baju korang sebab jalan cerita dia memang sedih.

Nak gambarkan pengorbanan ibu tu dalam memastikan anak dia mengenali bapa dia. Fuhh, kalau korang nak baca review penuh, boleh baca di review telefilem anak tuan yang aku dah kemaskini ya. memang terbaik tau cerita ni.


Sinopsis Telefilem Anak Tuan


Dapatkah dia menghabiskan masa terakhirnya bersama keluarganya nanti? Oh ya, cerita ini juga yang menyebabkan fasha sandha masuk hospital selepas ditolak oleh azhan rani.

Sinopsis Anak Tuan

Telefilem ini mengisahkan tentang Ana yang mendapat perkhabaran sedih dari doktor yang merawatnya. Dia disahkan menghidap penyakit kanser ovari dan mempunyai 6 bulan sahaja masa untuk hidup.

Sejak itu dia mula merancang masa hadapan anak-anaknya. Ditambah pula dia merupakan ibu tunggal yang mempunyai 3 orang anak untuk di besarkan.

Dapatkah dia melaksanakannya sebelum ajal menjemput?

Info dan Pelakon 

Telefilem ini akan disiarkan pada hari Ahad, 16 April 2023, 9:00 malam. Ini merupakan karya arahan along kamaludin dan skripnya ditulis oleh zuli ismail.

Berikut merupakan senarai pelakon yang terlibat dalam anak tuan ini.

  • Fasha Sandha
  • Azizah Mahzan
  • Azhan Rani
  • Hafiy Altamis
  • Kiky Hannah
  • Islaily Zulaiha
  • Ain Aziz
  • Roy Azrin

Jangan lupa untuk tonton anak tuan ini secara full di saluran tv3 tau. mesti best punyalah jalan cerita dia kan. Selamat menonton.

Admin & Content Creator Sports & Entertainment.