Sinopsis Pontianak 100KG

Telefilem atau Filem baru, Pontianak 100kg ini mengisahkan tentang seorang perempuan yang gemar makan ditemui mati dalam kelaparan atas satu sebab yang tidak diduga. Antara pelakon utama dalam cerita ini adalah Aya Amiruddin dan Mark Adam.


Sinopsis Pontianak 100KG


Apakah punca wanita itu mati? dan apa sebab pontianak 100kg pula ni?

Sinopsis Pontianak 100KG

Mengisahkan Melati (Aya Amiruddin), gadis cantik yang suka makan. Melati didapati mati dalam keadaan dia sedang berlapar kerana ibunya menghabiskan makanan kegemarannya iaitu Telur Ikan Parang. 

Melati berubah menjadi pontianak yang mengganggu penduduk kampung dengan memakan makanan yang mereka ada. Apa yang mengejutkan, Melati menjadi pontianak seberat 100KG!

Biarpun pelbagai usaha dilaksanakan oleh penduduk kampung yang diketuai Pak Bayang (Kazar Saisi) dalam menyelesaikan isu ini, namun tiada yang berkesan dan pontianak itu masih berkeliaran serta berleluasa di kampung berkenaan. 

Dharma (Mathni Razak), Salleh (Mark Adam) dan Malik (Wanns Ahmad) merupakan pemuda-pemuda kampung yang sama sekali tidak membantu dalam memberikan sumbangan idea yang bernas untuk menyelesaikan masalah itu.

Kehadiran Jibam (Ady Mohammad) yang lebih proaktif bagai memberi sinar kepada Pak Bayang, namun muncul pula konflik lain. 

Persoalannya, berjayakah penduduk kampung menyelesaikan masalah serangan Pontianak 100KG ini? 

Info dan Pelakon

Cerita pontianak 100 kg ini ditayangkan di platform tonton pada 5 april 2023 yang lalu. Sejak itu ramai yang meminai cerita ini mungkin sebab pelakon dia best dan yang paling penting mereka bergenre seram komedi tau.

 Ia diarahkan oleh Shuhaimi Lua untuk produksi MIG Production Sdn Bhd. Berikut merupakan senarai pelakon yang terlibat dalam cerita seram pontianak 100kg ini.

  • Aya Amiruddin sebagai Melati
  • Mark Adam sebagai Salleh
  • Wanss Ahmad sebagai Malik
  • Mathni Razak sebagai Dharma
  • Kazar Saisi sebagai Pak Bayang
  • Ady Mohammad sebagai Jibam
  • Afifah Nasir sebagai Mewangi

Bagi korang yang belum menonton, boleh cari dekan laman web tonton.my tv3 tau. kalau nak tunggu tayang dekat tv macam lambat lagi jer. hehe selamat menonton. 

Previous Post Next Post