Sinopsis Drama Segenap Takdir

Drama TV3, Segenap Takdir ini mengisahkan tentang seorang lelaki terpaksa berkahwin dengan wanita lain demi menyelamatkan tunangnya itu. Adakah Takdir sudah tertulis itu jodohnya atau ada lagi ujian yang bakal menimpa?


Sinopsis Drama Segenap Takdir


Cerita ini dilakonkan oleh Siti Khadijah Halim,  Niezam Zaidi, Zara Zya dan Nabil Aqiln. Ia mempunyai 15 episod keseluruhanya.

Sinopsis Segenap Takdir

Drama ini mengisahkan tentang Haryani,, Azlan dan Nadira. Bagi Haryani cinta itu mudah untuk digapai. Asalkan kena taktik halus pasti beres. Azlan! Itu misinya. Dia tak peduli kalau orang lain mengata. Dia juga tak hirau akibat yang bakal ditanggung oleh emaknya, Puan Maimun, Hukuman-Nya, lagilah dia sengaja lupa.


Demi nyawa tunangannya yang sedang koma, Azlan terpaksa terima Haryani sebagai isteri pertama. Pun begitu, dia tetap tepati janjinya untuk menikahi Nadira apabila dengan izin-Nya gadis itu kembali sedar.


Satu peristiwa berlaku menjadi punca Haryani terkenang akan dosa. Daripada jahil, Haryani mula mencari Tuhan. Namun, ketenangan yang diharap, sakit pula yang dihadap. Pedih! Apabila digelar sebagai insan munafik.


“Jangan gunakan tudung sebagai alasan nak tutup perangai buruk tu. Aku takkan terpikat.” – Azlan


Tulus dengan diri yang ingin berubah meski liku menguji hasil daripada sikapnya yang terdahulu. Hijrah Haryani itu mendatangkan kesan buat Faisal. Di setiap kesukaran itu, terungkai satu per satu hikmah yang mengajarnya erti kebahagiaan.


Namun, dugaannya tidak pernah ringan. Haryani dituduh pula bersalah atas kecelakaan yang menimpa Nadira. Allahu!


‘Allah SWT tak pernah terhadkan satu jalan untuk manusia berubah. Allah juga tak sediakan pintu syurga tu hanya sebuah.’


Jadikan hidup ini ada rasa kehambaan, rasa bertuhan dan fahami makna Segenap Takdir ujian.

Info dan Pelakon

Tajuk : Segenap Takdir

Episod: 15

Tarikh Tayangan: Mei 2023

Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam

Rangkaian: Samarinda TV3

Penulis Skrip: Rina Khan, Sherry Khan

Pengarah: Eoon Shuhaini

Produksi: A-Ten Alliance (M) Sdn Bhd

Berikut pula merupakan senarai pelakon segenap takdir. drama ini mempunyai pelakon yang hebat dan sudah pasti menjanjikan jalan cerita yang menarik kepada penontonnya nanti.

  • Siti Khadijah Halim sebagai Haryani
  • Niezam Zaidi sebagai Azlan
  • Zara Zya sebagai Nadira
  • Nabil Aqil sebagai Faisal
  • Sharifah Shahora sebagai Maimun
  • Azizah Mahzan sebagai Nek Yah
  • Watie Sadali sebagai Salmi
  • Haleeda sebagai Mak Asmah
  • Aqeesh Aleeya sebagai Hanim
  • Saiful Wazien sebagai Budin

Selamat menonton.

Previous Post Next Post