Sinopsis Drama Misteri Flat Kirana

Drama Misteri Flat Kirana ini mengisahkan tentang seorang dukun di sebuah flat yang terkenal tiba-tiba mati sehingga menyebabkan makhluk halus berkeliaran. Dibintangi oleh pelakon utamanya iaitu Ropie, Zara Zya, Puteri Balqis, Rahmad Mega, Afifah Nasir dan Acong Sweetchild.


Sinopsis Drama Misteri Flat Kirana


Cerita ini mula ditayangkan sejak 26 mac 2023 dan akan bersiaran pada jam 11 malam pada setiap hari ahad hingga selasa di tv3. 

Sinopsis Misteri Flat Kirana

Drama ini bermula dengan kisah Tok Jat ialah seorang dukun yang terkenal di Flat Kirana. Tok Jat sangat disenangi kerana sikapnya yang peramah dan suka membantu penduduk flat walaupun ada yang tidak dikenali olehnya. 

Kematian Tok Jat secara mengejut telah menimbulkan huru-hara di Flat Kirana apabila makhluk halus yang diperangkap oleh Tok Jat selama ini telah terlepas dan berkeliaran di sekitar Flat Kirana.

 Bermulalah misi penduduk Flat Kirana untuk memburu dan menangkap makhluk halus yang mereka juga tidak kenali. bagaimana agaknya pengakhiran episod misteri flat kirana ni ya?

Info dan Pelakon

  • Episod:12
  • Tarikh Tayangan: 26 Mac 2023
  • Waktu Siaran: Ahad-Selasa, 11:00 malam
  • Rangkaian: TV3 / tonton
  • Idea Asal: Hariff Ahamat
  • Penulis Skrip: Adza Irdawati & Adza Emie
  • Pengarah: Rusdi Ramli
  • Produksi: Anomali Media Sdn Bhd

Berikut merupakan watak dan pelakon yang membintangi cerita misteri flat kirana ini.

  1. Ropie sebagai Tok Jat
  2. Zara Zya sebagai Ijah Bekeng
  3. Rahmad Mega sebagai Pak Taz
  4. Afifah Nasir sebagai Ima Dut
  5. Puteri Balqis sebagai Soyaye
  6. Acong Sweetchild sebagai Tam Ikan
  7. Agness J sebagai Aunty Kwee
  8. Nazia Mustafar sebagai Mak Lang
  9. Zalif Sidek sebagai Pocong
  10. Alicia Amin sebagai Mainak
  11. Haneesya Hanee sebagai Nian

Ramai puji cerita ni sebab penuh dengan komedi yang diorang tak sangka. jadi kalau korang terlepas tu boleh lah layan di tv3 tau.

Previous Post Next Post