Sinopsis Drama Kerasnya Takdir

Drama tv3, Kerasnya Takdir mengisahkan tentang perkahwinan di antara sepasang kekasih yang tidak direstui oleh kedua-dua ibu bapa mereka. Dibintangi oleh pelakon utama 'kerasnya takdir' iaitu Amyra Rosli, Redza Rosli, Kartina Aziz, Azlee Khairi dan Rita Rudaini. 


Amyra dan redza kerasnya takdir


Dapatkah mereka memperolehi restu dari kedua orang tua mereka? Drama kerasnya takdir ini akan menggantikan drama melur untuk firdaus yang akan habis siaran kesemua episodnya tidak lam lagi.

Sinopsis Kerasnya Takdir

Drama ini mengisahkan Jeha yang berkahwin dengan Syed Munir, anak Syarifah Aminah yang dikatakan berasal daripada golongan bangsawan di Bukit Betong. Perkahwinan mereka tidak direstui oleh Syarifah Aminah. Syarifah Mastura, kakak Syed Munir juga turut membenci Jeha kerana ‘orang yang tidak diketahui asal-usulnya’. Mereka dikurniakan seorang anak, Syarifah Saleha.


Takdir Tuhan, Syed Munir tiba-tiba lumpuh dan Jeha terpaksa bekerja. Segala-galanya kini di bawah tanggungjawab Jeha. Mencari nafkah, menguruskan suami dan anak serta hal ehwal rumah tangga.


Selain itu, Jeha mengupah Haryanto, seorang pekerja Indonesia untuk menoreh getah di kebun kecil miliknya. Hasilnya dapat juga menampung keperluan harian mereka sekeluarga.


Konflik timbul apabila majikannya, Encik Farouk yang pernah menaruh hati pada Jeha, mula menabur fitnah terhadap mereka berdua. Kemuncak konflik berlaku apabila Jeha terpisah daripada suami dan anaknya sehingga dia dikatakan telah menjadi gila.


Apakah fitnah yang tersebar dan mengapa Jeha boleh terpisah daripada suami dan anaknya? Apa pula yang terjadi kepada Haryanto, Syarifah Aminah dan Syarifah Saleha?

Info dan Pelakon

Drama ini mempunyai 28 episod keseluruhannya dan akan mula ditayangkan selepas hari raya aidilfitri pada tarikh 22 April 2023

Ia akan mengambil slot Akasia dan ditayangkan pada setiap hari Isnin-Jumaat,7:00 malam. kerasnya takdir ini juga merupakan karya pengarah Emi Suffian dan skripnya ditulis oleh Nieza Nahar.

Berikut merupakan senarai pelakon yang terlibat dan watak lakonan mereka dalam cerita ini.

  • Amyra Rosli sebagai Jeha
  • Redza Rosli sebagai Syed Munir
  • Kartina Aziz sebagai Syarifah Aminah
  • Mia Nasir sebagai Syarifah Emelia
  • Halim Radzi
  • Azlee Khairi
  • Rita Rudaini
  • Husna Mustaffa
  • Zarynn Min

Nampak senarai pelakon memang padu dan mantap. Memang tak sabar nak tengok drama ini sampai habis. Selamat menonton.

Previous Post Next Post