Sinopsis Drama Kau? C.E.O Aku?

Sinopsis Drama Kau? C.E.O Aku? ini mengisahkan tentang Aisya yang berkahwin dengan Danial atas pilihan keluarga namun kehadiran Mila, kawan baik Danial cuba mengganggu perkahwinan mereka. Aisya menikah dengan Danial kerana pilihan keluarga. Danial Firdaus adalah C.E.O di tempat kerjanya. Orangnya handsome tapi ego dan sombong melangit. 


azrel Kau C.E.O Aku


Setelah berkahwin dugaan menimpa satu-persatu. Semua gara-gara Hanis Armilia atau Mila, teman rapat Danial. Anak yang dikandung selama 6 bulan meninggal gara-gara Mila. 

Selepas itu Danial minta untuk berkahwin dengan Mila kerana mahu melindungi dirinya dan mahukan zuriat. Aisya Sofea hanya memendam perasaan dan akur dengan kata-kata Danial. 


Nasib baik Aisya mempunyai ramai yang menyanyangi dirinya - Anis, Syafiq dan Hakimi. Mereka bersusah-payah mencari bukti untuk mempertahankan hak dan kebenaran Aisya.

Info dan Pelakon

Tajuk Drama : Drama Kau? C.E.O Aku?

Episod: 26

Tarikh Tayangan: 23 Mac 2023

Waktu Siaran: Setiap hari, 6.45 petang

Rangkaian: TV1 slot Widuri

Penulis Skrip: Suhaila Nordin, Tinta Jingga, Pgr's Team

Pengarah: Harris Fadzillah

Produksi: Country & Universal Sdn Bhd

Pelakon: Azrel Ismail, Puteri Aishah, Syazwan Zulkifly, Neera Azizi, Talha Harith, Siti Hariesa, Trisha Ooi, Zuhairi Ibrahim, Anne Abdullah, Amelina, Ainina Ahmad, Zalfa Zin


Watak Pelakon

  • Azrel Ismail sebagai Danial Firdaus
  • Puteri Aishah sebagai Aisya Sofia
  • Neera Azizi sebagai Mila Armilia
  • Syazwan Zulkifli sebagai Hakimi
  • Talha Harith sebagai Syafiq
  • Siti Hariesa sebagai Anis
  • Amelina sebagai Datin Faridah
  • Zalfa Zin sebagai Tania
  • Izzul Faiq sebagai Khairul

Jangan lupa untuk saksikan drama ini di saluran RTM1 ya!

Previous Post Next Post