Biodata Firdaus Rahmat Peserta Big Stage 2023

Biodata Firdaus Rahmat Big Stage yang merupakan seorang penyanyi dari Malaysia. Dia telah terpilih untuk menjadi salah seorang peserta big stage untuk tahun 2023.  Firdaus mula meminati bidang nyanyian selepas dia tamat persekolahannya oleh kerana minat dia dalam mencipta lagu walaupun secara suka suka...


Firdaus rahmat di hari raya


Lagu-lagu nyanyian juga pernah menjadi OST untuk beberapa utama seperti PROJEK HIGH COUNCIL. Jom kita berkenalan dengan nama sebenar firdaus rahmat yang telah kami kongsikan di bawah.


Biodata

Nama sebenar firdaus rahmat adalah Muhammad Firdaus bin Rahmat dan dia dilahirkan pada 2 Ogos 1997. Kini umur dia telah mencecah 26 tahun. Dia juga telah berkahwin dan dikurniakan seorang anak.

Asal firdaus rahmat adalah dari negeri selangor dan dia pernah mendapat pendidikan didalam jurusan Diploma Jurusan Fotografi daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam

Korang boleh follow >> Instagram Firdaus Rahmat << untuk berkenalan dengan dirinya dengan lebih rapat tay.

Profile dan Info 

Firdaus rahmat memulakan kariernya dengan kumpulan nasyid moden bernama The 4aith yang turut disertai oleh Aniq Muhaimin Ismail, Muhammad Fahimi Rahmat dan Amir Firdaus Razali. 

Populariti mereka melonjak bila mereka mengubah lagu lagu viral kepada versi dakwah. Single pertama mereka adalah Yang Pertama. 

Kemudian pada tahun 2019, Firdaus rahmat bergerak solo dan mengeluarkan lagu isngle Aku rayu.

Disebabkan kemahiran dan kepakarannya menulis dan mencipta lirik, Firdaus rahmat bekerja sama dengan penyanyi popular seperti Ernie zakri, Joe Flizzow, Nana dan ramai lagi.

Bahkan ada beberapa lagu ciptaanya sudah pun beraksi di pentas AJL tau. Antaranya adalah lagu Debu, Irama, sengsara dan juga Mainan.


Previous Post Next Post