Filem Sumpahan Malam Raya

Filem Sumpahan Malam Raya merupakan sebuah filem seram komedi yang dibintangi oleh Atu Zero, Danial Zaini, Reen Rahim, Nora Danish danYusry Abd. Halim, Ropie. Ia ditayangkan di pawagam berdekatan dengan anda mulai 22 April 2023.


Filem Sumpahan Malam Raya


Sumpahan Malam Raya

Filem ini mengisahkan Syawal dan Tania yang melarikan diri ke Pulau Carey daripada diburu bapa Malik, seorang Taiko Besar Kuala Lumpur. Syawal telah menipu adik ayah Malik iaitu Amir untuk mendapatkan wang dan ayah Malik/Amir telah ditipu kerana ubat kuat batin yang tidak menjadi.


Semuanya bermula apabila Syawal mendapati arwah bapanya meninggalkan banglo pusaka di Pulau Carey. Syawal dan Tania melarikan diri secara rahsia ke Pulau Carey pada Hari Raya Aidilfiri.


Di banglo pusaka yang kelihatan menakutkan itu, mereka disambut oleh penjaga sementara banglo tersebut iaitu Adam dan Misha. Mereka berempat mengambil keputusan untuk mengusahakan banglo tersebut untuk dijadikan motel/homestay Singgah Sini.


Peristiwa pelik dan menakutkan mula berlaku di banglo tersebut di mana setiap pengunjung / pelanggan yang menginap di situ pasti akan mati. Mereka berempat yang terkejut dengan kejadian aneh itu menanam setiap mayat yang telah mati agar tidak diketahui polis.


Selepas beberapa jenazah dikebumikan, muncul seorang lelaki tua yang pelik (Tok) dan semua mayat yang dikebumikan sudah tiada. Lebih mengusutkan keadaan apabila Amir bersama kumpulan samseng Ayah Malik muncul di banglo itu.


Berjayakah mereka berempat merungkai segala-galanya? Misteri dan melarikan diri dari cengkaman ayah Malik dan Amir.

Informasi dan Pelakon

Pengarah sumpahan malam raya ini adalah pengarah terkenal iaitu  Dato Prof Dr A Razak Mohaideen dan skripnya ditulis oleh Azlan Syah Rashid.

Berikut merupakan pelakon yang terlibat dalam filem ini.

  • Atu Zero
  • Danial Zaini
  • Reen Rahim
  • Nora Danish
  • Dato' Yusry Abd. Halim
  • Ropie
  • Megat Terawis
  • Vanidah Imran
  • Lisa Surihani
  • Prof. Madya Dr. Soo Wincci
  • Saiful Apek
  • Yassin Senario
  • Rita Rudaini
  • Bell Ngasri
  • Denes Kumar

Dengan barisan pelakon yang ramai dan hebat-hebat belaka, karya sumpahan malam raya ini nampak suram sikit mungkin sebab tayangan di hari raya. Jadi kita tunggu review dari penonton mengenai filem ini.


Previous Post Next Post