Filem Seindah Kasih The Movie

Filem Tonton, Seindah kasih the movie ini mengisahkan tentang persahabtan 6 orang sahabat yang bekerja di syarikat media prima diuji persahabatan mereka. Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Siti Saleha, Shasha Abedul, Anas Ridzuan dan Luqman Hafidz. 


Syaif kyle dalam Seindah Kasih The Movie


Dapatkah mereka keluar dari krisis dalam ceriata 'seindah kasih the movie' ini? Bantuan dan pertolongan seindah budi pekerti diberi ucapan tanda kasih dan sayang kepada insan yang memerlukan.

Sinopsis Seindah Kasih The Movie

Memaparkan kisah enam kaki tangan Media Prima daripada bahagian kerja yang berbeza. Krisis hubungan antara keenam-enam watak yang ditampilkan ini ketara tatkala kesibukan bulan Ramadan melanda.

Kisah di unit TV, Sharifah menggalas tanggungjawab sebagai seorang penerbit tetapi terlalu bergantung kepada pembantunya, Nina. 


Manakala di konti radio pula, Jamal yang merupakan seorang DJ radio dan telah menempa nama sebagai duo bersama rakannya, Khairul , namun telah berlaku pergaduhan antara mereka ketika bersiaran ke udara.

Lain pula kisah antara Nazmi yang memegang watak sebagai wartawan akhbar dan sering timbul rasa tidak puas hati terhadap Alia  yang bekerja di bahagian digital.

Info dan Pelakon

Berikut merupakan info dan pelakon seindah kasih the movie yang hebat-hebat belaka. Mereka berjaya membawa watak dengan baik sehingga mendapat respond positif daripada penonton.


  • Tarikh Tayangan di Tonton: 12 April 2023
  • Pengarah: Nik Amir Mustapha & Ariff Zulkarnain
  • Produksi: Lumatic Films


Watak Pelakon

  • Syafiq Kyle sebagai Nazmi
  • Mimi Lana sebagai Alia
  • Siti Saleha sebagai Sharifah
  • Shasha Abedul sebagai Nina
  • Anas Ridzuan sebagai Jamal
  • Luqman Hafidz sebagai Khairul

Selamat menonton.

Post a Comment

Previous Post Next Post