Drama Bersiri LIAR (ASTRO)

 Drama Bersiri LIAR (ASTRO) ini mengisahkan tentang Lara seorang guru yang hebat dan kemudian dia bercerai dengan suaminya dan kemudian mencari pasangan baru. Pelakon utama dalam drama ini adalah  Tiz Zaqyah, Tony Eusoff, Ezzaty Abdullah, Dato’ Jalaluddin Hassan, Wan Raja dan Nadiya Nisaa


Drama Bersiri LIAR (ASTRO)


Sinopsis LIAR 

Drama ini mengisahkan tentang Lara Sulaiman, seorang guru yang bijak dan berdedikasi. Selepas bercerai dengan suaminya, Lara cuba untuk ‘move on’ dan keluar janji temu dengan seorang pakar bedah yang baru kematian isteri, Aiman Yusuf. Mereka rasa amat selesa dengan kehadiran masing-masing.


Namun, selepas bertemu, mereka berdua mempunyai cerita berbeza daripada pengalaman temu janji mereka. Lara menuduh Aiman merogolnya, manakala Aiman menegaskan bahawa dia membantu Lara yang tidak sihat untuk pulang dengan selamat. 


Siapa yang bercakap benar? ‘Liar' menyaksikan penipuan yang boleh memusnahkan kehidupan Lara dan Aiman, serta rakan-rakan mahupun keluarga mereka apabila rahsia dan pembohongan terbongkar.

Info dan Pelakon

  • Liar - Two sides, One Truth
  • Episod: 12
  • Tayangan di Astro Go: 25 Mac 2023, setiap Sabtu
  • Tarikh Tayangan di Astro Ria: 3 April 2023, setiap Isnin, 9 malam
  • Skrip: Mayang Al-Mohdar, Chi-Ren Choong, Nik Naemah Nik Mahir, Amar Amir, Honey Ahmad
  • Pengarah: Jason Chong, Imri Nasution, Lim Siu Min
  • Terbitan: Astro Shaw Sdn Bhd
  • Produksi: Double Vision Sdn Bhd

Berikut merupakan watak pelakon liar yang ditayangkan di Astro.

  • Tiz Zaqyah sebagai Lara Sulaiman
  • Tony Eusoff sebagai sebagai Dr. Aiman Yusuf
  • Ezzaty Abdullah sebagai Kat Sulaiman
  • Dato’ Jalaluddin Hassan sebagai Sulaiman Ibrahim
  • Wan Raja sebagai Fariz Jamil
  • Nadiya Nisaa sebagai Detektif Nissa Suffian
  • Atilia Haron sebagai Inspektor Rita Samsuddin
  • Nazrief Nazri sebagai Taufiq Radzlan
  • Haridhass Selvaraju sebagai Detektif Kumar Varatharaju
  • Naz Rahman sebagai Firdaus Harith
  • Nas-T sebagai Leftenan Eddie Hassan
  • Aniq Suhair sebagai Noah Aiman
  • Farah Ahmad sebagai Jehan Razali
  • Joyce Harn sebagai Winnie
  • Charles Roberts sebagai Koperal Jeya Kumar
  • Yuyun Hikmah sebagai Sofia
  • Nawal Sarah sebagai Yaya
  • Aidan Razeen sebagai Jo

Ramai yang suka tengok drama ni kan. sebabnya ia merupakan adaptasi dari luar negara tau. sebab itu jalan cerita dia lain dari yang lain. Selamat menonton.

Previous Post Next Post