Hai Guys, Raya keempat kita ada tayangan telefilem demi masa yang bersiaran pada jam 2 petang di saluran tv3. Cerita ini mengisahkan tentang perjalanan Musa selepas keluar dari penjara. Bagaimana dia melalui masa kehidupan tersebut?
Sinopsis
Demi masa ini menceritakan tentang Musa yang baru sahaja keluar dari penjara. Dia ditahan sebelum itu kerana jenayah masa lalu yang dilakukannya. Disebalik dapat keluar dari tirai besi, Musa tetap risau dengan penerimaan orang yang dekat dengannya.
Yelah, banduan yang baru keluar, mesti ramai yang sangka buruk kan. Tambah merisaukan lagi apabila dia bimbang anaknya dapa menerimanya sebagai ayah atau tidak.
Info
Telefilem ini akan disiarkan pada 25 April 2023 pada jam 2 petang bersamaan dengan raya keempat. Skrip jalan cerita demi masa ini ditulis oleh Siti Jasmina Ibrahim dan ia diarahkan oleh Izuan Mokhtar.
Berikut merupakan senarai pelakon yang terlibat dalam telefilem ini.
Faizal Hussein
Ruminah Sidek
Umar Shakur
Nadiya Nisaa
Azhar Sulaiman
Kamal Bakar
Barisan pelakon yang hebat ni pasti menghasilkan satu karya yang menarik perhatian kita semua. Jangan lupa untuk tonton telefilem ini ya.