Biodata Puteri Khareeza Peserta Big Stage 2023

Biodata Puteri Khareeza Big Stage 2023 yang merupakan salah seorang penyanyi yang akan bersaing dalam pertandingan big stage tahun ini. Bekas peserta idola kecil musim ke 3 ini juga pernah menyertai Bintang Kecil Rtm tau. 


Biodata Puteri Khareeza Peserta Big Stage 2023


Puteri juga pernah menggantikan penyanyi Hafiz Suip dalam separuh akhir muzik muzik 37 untuk menyanyikan lagu Takluk Cinta.


Biodata 

Nama sebenar puteri adalah Puteri Aszfaryna Khareeza binti Arif dan dilahirkan pada 17 April 1998 serta dia kini sudah berusia 25 tahun ya. Berasal dari KL dan merupakan anak bongsu dari 3 beradik.


Dia juga pernah mengambil Jurusan Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM). Bagi korang yang belum follow ig dia, boleh follow Instagram Puteri Khareeza ini. Jumlah pengikut atau follower dia telah mencecah 25.3 K tau.

Info dan Profile

Umur puteri khareeza mula menyanyi adalah ketika dia berusia 7 tahun. Selain itu, dia juga pernah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan Jaya, Selangor.

Puteri juga aktif dalam dunia seni tanah air sejak 2008. Adakala dia menyanyi dan adakala dia juga berlakon dalam drama.

Pada tahun 2021, Dia bersama dengan Pasya menyertai Lagu Cinta kita musim ketiga. Antara drama yang pernah dibintangi oleh Puteri Khareeza ini adalah;-

  • Kapten Boleh
  • Diari Ramadhan Rafique Reunion
  • Anugerah Cinta Aisyah 
  • Mimpi Sabrina
  • Alergi Mamat Romantik
  • Hari Kita Jatuh Cinta
  • Air Mata Allisya
  • Cinta Hilang Kata
  • Kerana Cinta Itu Ada
  • Bini Aku Dari Neraka
  • Kampung Arena Panggang
  • Syurga Tanpa Cinta
  • Kalimah Cinta.

Semoga dia dapat membua persembahan dengan baik di pentas big stage nanti ya. Good Luck! 


Previous Post Next Post