Biodata Meer Nash Peserta Big Stage 2023

Ramai yang tanya siapakah penyanyi Meer nash? sebelum itu, aku nak bagitahu yang meer ni adalah salah seorang peserta big stage 2023 tau. Jadi mana-mana yang minat dengan dia jangan lepaskan peluang untuk menonton persembahan Meer Nash nanti.


Meer Nash biodata


Berbalik kepada asal kemunculan jejaka ini, Nama dia mula dikenali menerusi program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) musim ketiga. Sejak itu dia mula melangkah dengan jayanya dalam industri tanah air.

Info dan Profil Meer Nash

Nama sebenar meer nash adalah Muhamad Shahmeer Mohd Nashrul dan dia dilahirkan pada 20 November 1995. Meer juga berasal dari Pulau Pinang dan berdarah kacukan Melayu dan Cina.

Bagi yang tidak tahu, jejaka ini beragama Islam dan merupakan anak kedua dari 3 orang adik beradik.

Meer nash bekas graduan  Ijazah Sarjana Muda Perakaunan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Alam.

Pencapaian

Antara lagu yang mempopularkan namanya termasuk Jauh dan Saranghae.

Kalau korang nak follo IG meer ni, korang boleh follow >> IG Meer Nash << setakat ini jumlah pengikut dia dah mencecah 121, 0000 followers tau. Banyak sungguh! 

Raut wajahnya disamakan dengan anggota kumpulan BTS, Jimin. Meer yang menafikannya, bagaimanapun mendedahkan mereka berketinggian dan berkongsi usia yang sama! ada juga kata wajah meer nash sama seperti Lucas NCT dan Kai EXO.

Dia juga pernah merangkul kemenangan tempat kedua peringkat global, sewaktu berentap di Pertandingan The 16th World Chinese Bridge Chinese Proficiency Competition for Foreign College Students yang berlangsung di Changsha, China selama sebulan pada 2017.

Dapatkah Meer beraksi dengan baik di pentas big stage 2023 nanti?? sama-sama kita nantikan.

      

Previous Post Next Post