Biodata Isaac Voo Peserta Big Stage 2023

Biodata Isaac Voo Peserta Big Stage 2023. Hai korang kali ini aku nak kongsikan biodata peserta big stage 2023. Salah satunya adalah Isaac. Dia merupakan rakyat Malaysia yang bekerja sebagai idol di korea selatan. Sebab tu muka dia ada macam korea kan. Apa agaknya yang dibuat oleh isaac voo dalam BS 2023 nanti?


Isaac Voo sebagai Peserta Big Stage 2023


Info Profil Isaac Voo

Bagi yang tak tahu, sebenarnya  Isac ni merupakan rakyat Malaysia yang lahir dari Kota Kinabalu, Sabah. Dia juga merupakan salah seorang ahli kumpulan KPOP, IN2IT. Dia kini bergerak solo dengan single pertamanya, Time Bomb yang dikeluarkan pada 5 Ogos tahun 2022.

Sebenarnya dia bergerak solo sebab ahli kumpulan dia semuanya sertai tentera. Jadi dia jer yang tak kena di Malaysia. hehe so sebab itulah dia balik Malaysia dan cuba meneruskan kariernya di sini.

Tarikh Lahir Isaac Voo adalah pada 12 Disember 1994 dan dia merupakan anak bongsu tau. Pernah juga mendapat pendidikan di sebuah sekolah jenis kebangsaan Chung Hwa dan juga Sekolah Menengah Lok Yuk.

Bakatnya dicungkil ketika menyertai sebuah siri Realiti show di Korea selatan bertajuj BOYS24. Dia bersama dengan 27 orang peserta lain bersaing untuk menubuhkan kumpulan kpop. Hasilnya dia mendapat kedudukan keenam teratas dari semua peserta.

Nama asal 邬凯名

Nama lahir Isaac Voo Kai Meng

Kelahiran 12 Disember 1994 (umur 28)

Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Genre K-Pop

Pekerjaan Penyanyi

Tahun aktif 2016–kini

Syarikat rakaman - MMO Entertainment dan Prodigee Asia Talent.

Kalau korang nak Follow isaac voo, korang boleh follo IG dia di >> IG Isaac << ini. Setakat ini dia telah mengumpul followers sebanyak 227k tau! ramai lagi yang belum follow tu. cepat gi follow !

Persoalan mula timbul sekarang ni. Dapatkah dia mengungguli kedudukan bersama dengan peserta lain dalam big stage nanti? sama-sama kita nantikan.



Post a Comment

Previous Post Next Post