Sinopsis Filem Takut Ke Tak

Filem Takut Ke Tak ini mengisahkan tentang sekumpulan pelajar yang membuat sebuah filem pendek untuk projek akhir mereka yang membawa kepada kisam seram. Dibintangi oleh pelakon utamanya iaitu  Nabil Aqil, Fabian Loo, Ika Nabila, Arwind Kumar dan Han Zalimi.


Sinopsis Filem Takut Ke Tak


Sebenarnya Filem ini patut keluar lebih awal tetapi disebabkan faktor Covid19, jadi ia ditunda kepada tahun 2020.

Info dan Pelakon

Filem ini diarahkan oleh Muzzamer Rahman dan ia ditayangkan di pawagam pada 27 Ogos 2020 di Malaysia dan juga Brunei. Untuk di Singapura pula, ia ditayangkan pada 17 September 2020.

Durasi filem inia dalah selama 1 jam 34 minit. Berikut merupakan pelakon takut ke tak yang berjaya membawa watak mereka dengan baik.

  • Nabil Aqil sebagai Amir

  • Fabian Loo sebagai Yang Guo

  • Ika Nabila sebagai Linda

  • Arwind Kumar sebagai Sivar

  • Han Zalini sebagai Abbas

  • Daniella Sya sebagai Hantu Cantik

  • Delimawati sebagai Nenek Moyang

  • Ropie Cecupak sebagai Profesor

  • Sheerry Aljeffri sebagai Nenek


Sinopsis Takut Ke Tak

Filem ini mengisahkan tentang Lima pelajar jurusan filem perlu menghasilkan satu filem untuk projek graduasi. Mereka ingin membuat satu filem seram yang unik dan tidak klise seperti filem seram lain. Jadi, mereka melakukan penggambaran di sebuah rumah berhantu yang terkenal. 

Namun sewaktu tinggal di situ, situasi jadi agak kecoh apabila satu demi satu kejadian aneh seperti dalam filem seram kini berlaku pada mereka. Boleh mereka lari?

Kalau korang dah tengok, mesti korang dah tahu jalan cerita dia macam mana kan. jadi pastikan korang tengok ya!



Previous Post Next Post