Sinopsis Filem Manap Karaoke

Filem Manap Karaoke mengisahkan tentang seorang jejaka yang mempunyai idea untuk membuka sebuah pusat nyanyian atau yang lebih dikenali sebagai pusat karaoke. Dibintangi oleh pelakon utamanya iaitu Joey Daud, Pekin Ibrahim, Mona Allen dan Imuda. 


Sinopsis Filem Manap Karaoke


Cerita ini bergenre komedi yang merupakan karya arahan mamat khalid tau. Kalau dah abang mamat yang arah, mestilah penuh dengan lawak jenaka kan.

Sinopsis Manap Karaoke

 

Filem manap karaoke ini menceritakan tentang Manap mendapat idea untuk membuka pusat karaoke lain daripada yang lain, iaitu karaoke bergerak. Wahab B menawarkan lori ayahnya dan menjadi pembantu untuk menguruskan peniagaan bersama Manap. 

Jadi, bermulalah perniagaan karaoke mereka. Macam-macam insiden lucu terjadi ketika sesi karaoke dijalankan. Perniagaan mereka juga mendapat sambutan hangat oleh penduduk kampung tidak kira bangsa dan peringkat umur. 

Sementara itu, perniagaan karaoke Rauf Bogiba di kampung mereka semakin tidak mendapat sambutan. Rauf Bogiba tidak berpuas hati dan menyerang Manap sehingga berlaku pergelutan dan memusnahkan karaoke bergerak Manap. Bermulalah “perang” di antara Manap dan Rauf Bogiba.


Info dan Pelakon

Filem ini ditayangkan kali pertama di Astro First pada 7 Mei 2020 yang lalu dan ia ditayangkan di pawagam rumah anda sebab covid 19.

Berikut merupakan senarai pelakon filem manap karoeke.

  1. Joey Daud sebagai Manap
  2. Pekin Ibrahim sebagai Rauf Bogiba
  3. Mona Allen sebagai Jamizan
  4. Sharwani NS sebagai Wahab B
  5. Ropie Cecupak sebagai En Kamarulzaman
  6. Imuda sebagai Pak Mid
  7. TJ Isa sebagai Mat Khuda
  8. Rab Khalid sebagai Taiko Tai
  9. Man Kadir sebagai Tok Imam
  10. Ziema Din sebagai Kak B Vavavoom

Korang yang dah tengok filem ni boleh komen review korang di bawah ya. terima kasih..

Previous Post Next Post