Sinopsis Drama Andai Itu Takdirnya

Andai itu takdirnya 1 dan 2 ini mengisahkan tentang seorang gadis yang meminai seorang rakan lelakinya di sebuah kolej. Namun kehidupannya berubah selepas dia berkahwin dengan jejaka berkenaan. Apakah kesudahan jalan cerita drama yang menyetuh persaan ini? adakah ia akan membuatkan anda mengalirkan airmata?

Sinopsis Drama Andai Itu Takdirnya


Drama ini dibintangi oleh pelakon hebat seperti Shukri Yahaya dan juga Hannah delisha. Ia memiliki 60 episod keseluruhannya dan di tayangkan di slot megadrama, Astro Ria.


Sinopsis Andai Itu Takdirnya


Drama ini andai itu takdirnya mengisahkan tentang Aleya yang berasal dari keluarga yang sederhana meminati salah seorang rakan kolejnya iaitu Syed Adam Aizril. Syed Aizril dikenali dalam kalangan wanita kerana ketampanannya dan penampilan yang menarik. 

Sebagai anak kepada seorang tokoh korporat, dia sudah biasa dengan gaya hidup kaya dan berbangga dengan kekayaan keluarganya. Dia mempunyai standard yang tinggi dan sentiasa memandang rendah terhadap orang lain. Tanpa disangka, berlaku satu kejadian yang menyatukan Syed Aizril dan Aleya. 


Aleya memulakan kehidupan baharunya sebagai seorang isteri tetapi malangnya Syed Aizril menyeksa hidupnya. Tidak lama selepas itu, Syed Aizril ditimpa kemalangan. Ia mengubah hidupnya dan dia menyesali semua kesalahannya terhadap Aleya. 

Demi cinta dan anak-anak, Aleya menerima juga Syed Aizril dalam hidupnya. Aleya dan Syed Aizril hidup bahagia bersama anak-anak selepas mengharungi pelbagai rintangan dalam perkahwinan mereka.

Perkahwinan Syed Aizril dan Aleya tercabar sekali lagi apabila Syed Aizril jatuh cinta pada Sharifah Emilin yang muncul secara tiba-tiba dalam hidupnya. Janjinya terhadap Aleya mudah dilupakan.

 Pada ketika ini, perasaan Aleya terhadap Syed Aizril sudah hilang sepenuhnya. Hidupnya kini hancur kerana egonya. Patutkah Aleya beri peluang sekali lagi kepada Syed Aizril? 


Info dan Pelakon

Drama ini mempunyai 60 episod dan tarikh tayangan andai itu takdirnya ini adalah pada 6 mac 2023. Ia di siarkan pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10 malam.

Ia juga merupakan karya arahan jamal khan dan skripnya ditulis oleh Wan Mahani Wan Hassan & Liza Ali. Berikut merupakan senarai pelakon yang membintangi drama ini.


  1. Shukri Yahaya sebagai Syed Aizril
  2. Hannah Delisha sebagai Aleya
  3. Dayang Areeda sebagai Sharifah Emilin
  4. Puteri Sarah Liyana sebagai Umairah
  5. Idzham Ismail sebagai Ikram
  6. Fahrin Ahmad sebagai Lukman Hakim
  7. Aida Khalida sebagai Puan Sri Syarifah Aisyah
  8. Zulkifli Ismail sebagai Tan Sri Syed Abas
  9. Esma Daniel sebagai Syed Rahim
  10. Laila Nasir sebagai Sharifah Rosnah
  11. Razman Mahayuddin sebagai Faizal
  12. Atikah Suhaime sebagai Sharifah Azreen
  13. Safura Yaacob sebagai Puan Ramlah
  14. Hariz Hamdan sebagai Azhar
  15. Kamal Bakar sebagai Encik Idris
  16. Nur Dhia Irdina sebagai Dania Arisya
  17. Rayyan Mikail sebagai Dany
  18. Aiman Badrul sebagai Darwin 

Ramai yang dah tonton drama ini kan. aku jer yang lambat sikit nak update pasal drama ni. hehe.selebihnya korang kena tonton dekat tv lah yer. drama ni banyak episod, jadi enjoy!

Previous Post Next Post