Drama Bukan Puteri Lindungan Bulan

Bukan Puteri Lindungan Bulan ini mengisahkan tentang seorang gadis yang sentiasa si uji sama ada dari segi keburukan dan malang yang menimpa dirinya. Dibintangi oleh pelakon utamanya iaitu Janna Nick, Hisyam Hamid, Amar Baharin, Niena Baharun, Afifah Nasir dan Shah Iskandar.


Drama Bukan Puteri Lindungan Bulan


Bagaimankah ketabahan seorang gadis dalam menempuhi cabaran hidupnya di alam nyata? adakah dia akan dikasari atau di hina oleh masyarakat?

Sinopsis Bukan Puteri Lindungan Bulan

Drama ini mengisahkan tentang kesusuhan seorang gadis bernama Larasati Aisya (Janna Nick). Dia yang juga dikenali sebagai Lara atau Puteri sentiasa diuji dengan pelbagai cabaran dek rasa benci dan nasib malang.


Pemergian bapanya menyebabkan dia terpaksa berhenti seketika daripada pelajarannya. Tugas menguruskan perniagaan yang ditinggalkan arwah bapanya menjadi tanggungjawabnya. Perkahwinan abangnya, Lukman (Shah Iskandar) dengan Sabrina (Afifah Nasir) ternyata membangkitkan masalah bagi Lara. Dia tidak sebulu dengan Sabrina.


Keadaan menjadi lebih tegang apabila Sabrina yang turut bekerja di syarikat perniagaan Lara bertindak membawa saudara maranya masuk bekerja di situ.


Dugaan hidup Lara bertambah perit dengan pemergian seorang lagi insan yang tersayang. Ibarat jatuh ditimpa tangga pula, fitnah jahat serta kehadiran Farah (Niena Baharun) turut mengganggu perhubungan Lara dengan suaminya, Zafir (Hisyam Hamid).


 Info dan Pelakon

Drama ini mempunyai 40 episod keseluruhannya dan mula ditayangkan pada 21 Mac 2023 pada setiap hari isnin hingga jumaat jam 10 malam. Ia merupakan karya arahan Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya) dan skripnya diulis oleh Eenaz Mokhtar

Berikut merupakan senarai pelakon dan watak bukan pueri lindungan bulan yang terdiri daripada

  • Janna Nick sebagai Larasati Aisya
  • Hisyam Hamid sebagai Zafir
  • Amar Baharin sebagai Zakuan
  • Niena Baharun sebagai Farah
  • Afifah Nasir sebagai Sabrina
  • Shah Iskandar sebagai Lukman
  • Zarina Zainuddin sebagai Datin Fariza

Tak sabar nak tengok kesudahan cerita menarik ini. jangan lepaskan peluang untuk menonton drama best ini di saluran TV 3 tau!.

Previous Post Next Post