Cinta Lemon Madu

Cinta Lemon Madu mengisahkan tentang kehidupan seorang anak angkat dalam keluarga baru selepas dia dipaksa berkahwin dengan abang angkatnya. Drama ini dibintangi oleh Aidil Aziz, Ruhainies dan Riena Diana. 

Cinta Lemon Madu

Bagaimanakah permulaan kisah cinta dan pengakhiran mereka ini? jom sama-sama kita saksikan.

Sinopsis Cinta Lemon Madu

Drama ini mengisahkan tentang Firash. Dia telah diambil sebagai anak angkat dalam keluarga berada semenjak kematian ibunya dari kecil. Haida, adik angkat Firash telah dijodohkan untuk berkahwin dengannya kerana ibu mereka risaukan kenakalan Haida. 

Sikap Haida yang masih muda dan masih mahu berseronok tidak disenangi Firash dan Firash sentiasa rasa terabai. Sehinggalah Firash berjumpa dengan Aisyah ketika menyelamatkannya dari peragut, Firash mula terjatuh hati kepada Aisyah.

Info dan Pelakon

Drama ini mempunyai 13 episod sahaja dan kali pertama ditayangkan pada 8 ogos 2018 yang lalu. Kini ia ditayangkan semula di tahun 2023 pada bulan mac. Drama arahan Hashim Rejab dan skripnya ditulis oleh Siti Solehah Abdul Ghani ini dibintangi pelakon hebat seperti berikut;


  1. Aidil Aziz sebagai Firash
  2. Riena Diana sebagai Aisyah
  3. Ruhainies sebagai Haida
  4. Eyra Hazali sebagai Amy
  5. Epy Kodiang sebagai Daus
  6. Kazar Saisi sebagai Haji Kamsan
  7. Mubarak Majid sebagai Aji Razal
  8. Helvera Susanti sebagai Jamilah
  9. Siti Noor Fadilla sebagai Kak Yan
  10. Eylla Diefila sebagai Pelanggan
  11. Zya Naziha sebagai Suriati
  12. Carolia sebagai Shida

Tak sabar nak tengok kesudahan cerita ini. jangan lupa untuk saksikan di saluran tv3!

Previous Post Next Post