Telefilem Kebal Janji Syaitan

Kebal Janji Syaitan mengisahkan tentang kehidupan seorang jejaka yang hidup dalam persekitaran yang penuh dengan ilmu hitam dan dadah. Dibintangi oleh pelakon utama Nadhir Nasar dan Ain Yasmin ini merupakan telefilem arahan Izuan Mokhtar.


Telefilem Kebal Janji Syaitan

Kalau tak silap, cerita ini diulang siar juga pada bulan februari 2023 tau. cuma aku tak ingat tarikh dia. cerita best mestilah akan diulang siar kaan.

Sinopsis Telefilem Kebal Janji Syaitan

telefilem ini mengisahkan tentang Idin yang dibesarkan dalam suasana tidak sihat dengan persekitarannya terdedah kepada Ilmu Hitam dan juga dadah. Dia membesar sehinggakan dia percaya yang dirinya kebal sehingga membawa dirinya ke dalam kes pembunuhan.

Idin terlalu taksub menyebabkan dia sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan ilmu kebal dari gurunya itu. sehinggalah dia sanggup membuat perjanjian dengan syaitan.

tetapi apa yang perlu menjadi galang ganti untuk perjanjian itu?

Info Dan Pelakon

telefilem ini ditayangkan buat kali pertama pada 23 April 2022 pada jam 9 malam di Astro Citra. Ia juga merupakan cerita asal Puovin Sandera dan skripnya ditulis oleh Tommy Loh. Berikut merupakan senarai pelakon yang terlibat dalam kebal janji syaitan ini antaranya adalah Nadhir Nasar, Ain Yasmin, Puovin, Syean Mokhtar, Balkisyh Semundur Khan dan Duerra Mitilda.

Bagi korang yang belum tonton, boleh lah tonon di astro citra tau!

Previous Post Next Post