Sinopsis Filem Harum Malam

Filem Seram, HARUM Malam merupakan kisah  mengenai seorang remaja yang dianugerahkan memiliki kelebihan melihat makhluk halus. Dia sering dapat melihat entiti tersebut yang akhirnya menggangu kehidupannya. Filem arahan Dain Said kini ditayangkan di pawagam sejak 9 Februari 2023 yang lalu. 

Pelakon yang terlibat dalam cerita ini adalah seperti Idan Aedan, Bront Palarae, dan Remy Ishak. Ramai juga pelakon heba dalam cerita ni tau sebab tu korang kena tengok filem ni.


Sinopsis Filem Harum Malam


Sinopsis Harum Malam

Cerita ini mengisahkan tentang iqbal yang boleh melihat makhluk halus. walaupun usianya masih muda dia merupakan pengamal perubatan tradisional tau.

Oleh sebab kelebihan yang dia ada, makhluk halus suka muncul di pandangannya sehingga dia mempunyai masalah nak bezakan sama ada itu hantu atau manusia yang betul.

Selepas kematian ibunya, iqbal cuba untuk mengelak dari mengingati kebolehannya itu. Namun dia diuji dengan rakan serta keluarganya yang terperangkap oleh seekor makhluk halus.

Makhluk tersebut mahu berdepan dengan iqbal kerana dia nak tahu kelebihan apa yang ada pada iqbal. Dapatkah iqbal menyelamatkan mereka dari anasir jahat itu?

Info Dan Pelakon

Sedikit info berkaitan filem harum malam ini adalah ia diarahkan oleh Dain Said dan mula ditayangkan di pawagam mulai 9 FEB 2023 yang lalu. Berikut merupakan senarai pelakon dan watak yang ada dalam cerita ini.`


  1. Idan Aedan sebagai Iqbal
  2. Bront Palarae sebagai Norman
  3. Remy Ishak sebagai Jamil
  4. Nadiya Nissa sebagai Dina
  5. Nabila Huda sebagai Zehan
  6. Faizal Hussein sebagai Kiai Hassan
  7. Joey Daud sebagai Rahim
  8. Arnie Shasha sebagai Ah Boy
  9. Amanda Ang sebagai Anna
  10. Danish Hakim sebagai Ali
  11. Airil Azimi sebagai Bob


 Kalau korang nak tahu kesudahan cerita ini. Kenalah pergi tengok dekat pawagam tau. Katanya ramai yang dah tengok dan akan tengok cerita ni. Selamat menonton.


Previous Post Next Post