Sinopsis Drama Nenek Bongkok Tiga

Drama Nenek bongkok Tiga merupakan sebuah drama entang 8 orang terjaga serentak di dalam sebuah rumah yang dihuni oleh seorang nenek. Drama seram ini dibintangi oleh  Hun Haqeem, Meerqeen, Sara Ali, Syafie Naswip, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim dan Fimie Don. Drama ini juga merupakan drama arahan Yusry Abdul Halim tau.


Sinopsis Drama Nenek Bongkok Tiga

Aku nak tengok cerita ni tapi nampak seram sangatlah pula. hehe bukan apa takut tak leh tidor malam lak dok mengigau nanti. Korang kena tengok tau sebab trailer dia best!

Sinopsis Nenek Bongkok Tiga

Drama ini merupakan cerita seram yang mengisahkan tentang 8 orang yang tinggal dalam sebuah rumah agam lama. Mereke terjaga dalam rumah yang diduduki oleh seorang nenek bongkok tua.

Lama kelamaan mereka mula sedar yang mereka berada di dalam dimensi yang lain. Mereka menjadi tebusan si nenek tua itu.

apabila ujian kepada mereka semakin bahaya dan jahat. Mereka terpaksa memenangi permainan yang dicipta oleh nenek tua itu agar mereka dapat pulang ke alam realiti.

Dapatkah mereka kembali dengan selamat atau ada yang terkorban? 

Info dan Pelakon.

Cerita ini mula ditayangkan VIU secara online mulai 9 Februari 2023 yang lalu. Skripnya ditulis oleh Azhar amirulhisyam dan di arahkan oleh Yusry KRU. Berikut merupakan senarai pelakon dan watak yang terlibat dalam cerita nenek bongkok tiga ini.


  1. Hun Haqeem sebagai Zamir
  2. Meerqeen sebagai Adi
  3. Sharlie Merlis sebagai Nenek
  4. Sofia Jane sebagai Samira
  5. Sara Ali sebagai Alis
  6. Syafie Naswip sebagai Sani
  7. Sara Mack Lubis sebagai Malia
  8. Fimie Don sebagai Mior
  9. Syazwan Zulkifly sebagai Salim
  10. Ashraf Muslim sebagai Haikal
  11. Rykarl Iskandar sebagai Zaid
  12. Dhia Irdina sebagai Hana Kecil
  13. Zainal Ariffin Ismail sebagai TV Host
  14. Hana Tiha sebagai Kaira
  15. Iskandar Syahidan sebagai Hairi
  16. Khai Sabri sebagai Lelaki Murung / Taufiq
  17. Esma Daniel sebagai Hateem
  18. Aida Aris sebagai Marni
  19. Louisa Chong sebagai Aunty Koh

Korang yang dah tengok tu boleh komen dekat bawah ni ya review korang mengenai cerita ini. Bagi yang belum tengok, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama seram menarik ini secara online sahaja tau!


Previous Post Next Post