Sinopsis Drama Isteri Halal

Isteri Halal merupakan sebuah drama mengenai pasangan kekasih yang berkahwin tanpa restu ibu dan bapa mereka kerana pangkat dan keturunan. Pelakon utama dalam drama ini adalah Isyariana, Uqasha Senrose, Aidit Noh dan Nazim Othman. Ia ditayangkan di saluran Astro Ria tau setiap isnin hingga jumaat jam 6 pm.


isteri halal

Korang dah sempat tengok drama ini dalam episod satu baru ini? best tak cerita isteri halal ni?

Sinopsis Isteri Halal

Drama ini mengisahkan tentang cinta terlarang dianara adellea dan Zayn. Hubungan mereka di tentang oleh ibu dan bapa adellea kerana harta dan kekayaan.

Adellea pula tidak berfikir panjang dan terus meninggalkan kemewahannya dan memilih zayn yang miskin harta dan tidak berpangkat.

Mereka melalui perkahwinan seperti pasangan lain sehinggalah ayahnya bernama tuan aziz jatuh sakit. Adellea nekad mahu tebus kesalahannya dan dia balik ke rumahnya bersama dengan suaminya.

Di rumah itu ramai yang tidak suka dengan adellea. Sahabat baiknya sendiri, si eyra mempunyai rasa cinta kepada zayn. lagi satu daniel pula mahu balas dendam terhadap adellea.

Dapatkah adellea dan zayn kekal sebagai suami isteri?

Info dan Pelakon

Drama mempunyai 60 episod ini sudah mula ditayangkan sejak 27 feb dan merupakan arahan uchee fukada. Skripnya pula ditulis oleh Suzanna Zaily Zin, Shaza Talib, Pahzai Al-Khaired. Berikut merupakan senarai pelakon isteri halal dan watak mereka.

  • Isyariana Che Azmi sebagai Adellia
  • Aidit Noh sebagai Zayn
  • Uqasha Senrose sebagai Eyra
  • Nazim Othman sebagai Daniel
  • Sharmaine Farouk sebagai Suraya
  • Sahronizam Noor sebagai Aziz
  • Qazem Nor sebagai Arif
  • Shahidan Izwan sebagai Aqil
  • Nazzaty Rusli sebagai Juliza
  • Aishah Atan sebagai Mak Pah
  • Isaac Iman sebagai Adrian
  • Zarif Ghaz sebagai Zahir
  • Elly Suhaili sebagai Fauziah
  • Rasya Dean sebagai Thalia
  • Amylea sebagai Noor
  • Amirul Asyhwad sebagai Nabil
  • Faizul Syaharin sebagai Ridwan

Tak sabar pula nak tengok drama ini sampa habis kan. jangan lepaskan peluang untuk menonton cerita ini di rumah anda ya.


Post a Comment

Previous Post Next Post