Sinopsis Drama Bukan Lelaki Terhebat

Sinopsis Drama Bukan Lelaki Terhebat ini menceritakan mengenai kisah seorang lelaki yang mencari kesempurnaan namun tidak menemuinya. Ada sahaja ujian dan dugaan terutamanya dalam percintannya. Pelakon utama dalam drama ini adalah pasangan suami isteri Adam Lee dan Sweet Qismina.

Drama yang memiliki 15 episod ini ditayangkan sejak 26 januari 2023 yang lalu pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10 malam.


Sinopsis Drama Bukan Lelaki Terhebat


Sinopsis Bukan Lelaki Terhebat 

 Drama ini mengisahkan tentang Jaden seorang jejaka yang bekerja sebagai pengawal peribadi kepada Datuk Samsul. Jaden ini seorang anak yatim piatu. Satu hari dia dituduh mempunyai hubungan sulit dengan perempuan simpanan datuk tu bernama ariana. akibat dari peristiwa itu, jaden teruk dibelasah dan dicampak ke dalam sebuah kebun getah milik pak samad.

Sejak dari peristiwa iu, Jaden tinggal di kampung tersebut dan kehidupannya ditanggung oleh Pak samad dan sri dhia.

Setelah lama hidup di kampung, Jaden Mula jatuh hati dengan seri dhia. Tapi Dhia pula sudah bertunang dengan dr iqram.

Namun pertunangan itu terbatal selepas ibu dr iqram menuduh Dhia ada hubungan dengan Jaden. Iqram pula terima perkara tersebut bulat-bulat.

4 BULAN mereka saling berkenalan sejak peristiwa itu, kini Dhia dan Jaden masing-masing telah meluahkan rasa cinta mereka. Namun kehidupan mereka terus diuji dan kali ini, fitnah terhadap mereka berdua menjadi semakin rumit di dalam kampung tersebut.

Jaden ambil keputusan untuk tidak duduk di rumah pak samad lagi dan berpindah ke Homestay milik Pak samad. Dapatkah dia dan dhia di satu kan atau akan ada ujian yang lebih dasyatt

Info dan Pelakon Bukan Lelaki Terhebat


Drama ini ditulis skripnya oleh Zarihah Hassan dan di arahkan oleh Eoon Shuhaimi. Berikut merupakan senarai pelakon dan watak yang dilakonkan dalam ceria bukan lelaki terhebat ni.

  1. Adam Lee sebagai Jaden Haqeef
  2. Sweet Qismina sebagai Sri Dhia
  3. Halim Radzi sebagai Doktor Iqram
  4. Anies Hann sebagai Ariana
  5. Ameerul Asyraf sebagai Andi
  6. Omar Abdullah sebagai Pak Samad 
  7. Zarina Zainuddin sebagai Puan Zalina
  8. Mohd Nor Bond sebagai Encik Malik
  9. Sham Visa sebagai Dato Shamsul Azri
  10. Arash Mohd sebagai Tuan Amirul
  11. Hasnul Rahmat sebagai Haris
  12. Harissa Adlynn sebagai Jannah
  13. Kuna sebagai Mak Nab
  14. Adam John sebagai Bob
  15. Malieq Abdullah sebagai Adnan
  16. Saiful Wazien sebagai Zafri
  17. Nizam Kama sebagai Salleh
  18. Rashidah Jaafar sebagai Mak Bedah
  19. Zalfa Zin sebagai Sabrina
  20. Puteri Balqis sebagai Zalikha
  21. Kak Girl sebagai Kak Lina
  22. Neera Azizi sebagai Ratna
  23. Rosli Rahman Adam sebagai Abang Jep
  24. Erryn Abdullah sebagai Mariana
  25. Tengku Nurul Fatihah sebagai Nora
  26. Chaoi Izghan sebagai Khalid

Tak sabar nak tengok kesudahan ceria ini dan sudah pasti ia mempunyai pengajaran yang tersendiri untuk setiap penonton cerita ini. Korang yang belum tengok ni boleh lah tengok di saluran TV3 tau!

Selamat menonton.

Previous Post Next Post