Sinopsis Drama Akira Khan

Drama akira khan merupakan drama adaptasi dari novel dan dibintangi oleh pasangan pelakon suami isteri Kamal Adli dan Uqasha senrose. Drama ini ditayangkan di slot megadrama (ASTRO Ria). Ia mula ditayangkan pada 18 Januari yang lalu pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10 malam.


Sinopsis Drama Akira Khan


Sinopsis Drama Akira Khan 


Cerita ini mengisahkan tentang seorang wanita dari pakistan bernama akira. Dia telah jatuh hati dengan seorang jejaka melayu bernama Raden. Namun cinta mereka terhalang kerana keturunan dan bangsa yang berbeza. Teapi mereka tetap berkahwin secara rahsia.

Raden kemudian pulang ke Malaysia dan dia mengalami kemalangan sehingga ingatannya hilang. Akira pula di Pakistan menanti kepulangan suaminya. Mereka terpaksa melalui hidup mereka secara bersendirian.

Setelah beberapa tahun, mereka kembali berjumpa namun malang sekali apabila raden tidak mengenali akira. Ditambah pula banyak dugaan yang terpaksa dilalui termasuklah ada orang luar yang cuba memisahkan mereka.

Akira tetap sabar menanti Raden sembuh kembali. Dapatkah dia mendapatkan raden atau akan ditinggalkan pula nanti?

Info dan Pelakon

Drama ini mempunyai 28 episod dan sedang ditayangkan sejak 18 januari 2023 skripnya ditulis oleh haida mazni mohammad dan diarahkan oleh Jamal Khan. berikut merupakan senarai pelakon dan watak yang ada dalam drama akira khan ini.


  1. Kamal Adli sebagai Raden
  2. Uqasha Senrose sebagai Akira Khan
  3. Irfan Zaini sebagai Zafar Khan
  4. Julia Farhana Marin sebagai Liyana
  5. Maria Farida sebagai Fareedah Khan
  6. Esma Daniel sebagai Kamarul
  7. Idzham Ismail sebagai Joe
  8. Razman Mahayuddin sebagai Iskandar
  9. Saidah Kamarudin sebagai Faten
  10. Safura Ya'cob sebagaii Ibu Hartini
  11. Mak Wan sebagai Mak Salmah
  12. Dilla Ahmad sebagai Dr Amilia
  13. Pushpa Narayan sebagai Syameen

Jangan lupa untuk saksikan drama akira ini di saluran astro ria! Selamat menonton!

Previous Post Next Post