Serpihan Sayang

Drama Serpihan Sayang ini mengisahkan tentang seorang wanita yang menghidap penyakit psychosis dan ia menjadi buruk selepas kehadiran abang iparnya ke dalam rumah itu. Antara barisan pelakon yang terlibat adalah Aeril Zafrel, Fasha Sandha, Elisya Sandha dan Shahz Jaszle.


Serpihan Sayang


Sinopsis Serpihan Sayang

Drama ini mengisahkan tentang Seorang wanita bernama Nadia. Dia menghidap satu penyakit bernama postpartum psikosis selepas dia kematian anak dalam kandungannya akibat daripada kemalangan. 

Selepas itu dia membuat rawatan dan terapi, akhirnya dia sembuh dan boleh menjalani kehidupan seperti biasa.

Nadia tinggal bersama dengan suaminya syakir dan alisya. Namun begitu kemunculan Imran yang merupakan abang kandung kepada Syakir membuakan suasana rumah iu berantakkan.

Imran berjaya memujuk Syakir untuk membenarkan dia tinggal dengan mereka dan sejak itulah banyak kejadian anih dan pelik berlaku. lebih parah apabila penyakita post partum psikosis Nadia bertambah buruk.

Apa punca sebenarnya yang berlaku?

Info Dan Pelakon

Drama ini mempunyai 16 episod kesemuanya dan mula ditayangkan pada 22 FEB 2023. Ia ditayangkan di TV3 pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10 malam. Drama ini juga merupakan karya arahan amor rizan dan skripnya ditulis sendiri oleh beliau dan juga Saiqa Auriza.

Beriku merupakan senarai pelakon serpihan sayang yang terdiri daripada 

  • Fasha Sandha sebagai Nadia
  • Aeril Zafrel sebagai Imran
  • Shahz Jaszle sebagai Syakir
  • Elisya Sandha sebagai Alisya
  • Zarina Zainoordin sebagai Marina
  • Nick Syaf sebagai Mario
  • Alisya Tahir sebagai Nina
  • Amirul Asyhwad sebagai Asyraf
  • Ameerul Asyraf sebagai Malik
  • Auni Zahra sebagai Yaya

Aku rasa cerita ini best sebab ramai pelakon hebat. lagi pun baru jer mula tayangankan jadi sempat lagi kalau nak kejar jika terlepas tu. Selamat menonton.

Previous Post Next Post