Sinopsis Drama Imam Instant Ustazah Scammer

Drama Imam Instant Ustazah Scammer ini mengisahkan tentang kehidupan sorang wanita yang menyamar menjadi ustazah kerana bimbang diganggu oleh pengutip hutang. Pelakon utama dalam cerita ini adalah Hun Haqeem dan juga Mira Filzah tau. lama tak tengok mira berlakon sejak dia dah kawin kan. 


Imam Instant Ustazah Scammer


Drama ini akan mula ditayangkan pada 5 mac 2023 nanti pada stiap hari ahad jam 9 malam. Macam mana agaknya jalan cerita drama ni kan.

Sinopsis Imam Instant Ustazah Scammer

Cerita ini mengisahkan tentang effa yang mempunyai hutang yang banyak dengan Ahlong. Demi menyelamatkan dirinya dan dia lari ke sebuah kampung bernama ramadan. Di sana dia menyamar menjadi Ustazah.

Imam Asyraf pula merupakan seorang influencer yang viral kerana suaranya yang sedap ketika mengalunkan bacaan alquran. Dia dilantik oleh ok Jamlus menjadi imam terawrih sepanjang bulan puasa. Kiranya imam instant lah tu. 

Dia mula mengesyaki siapakah Effa yang sebenarnya. Adakah betul dia guru agama atau sekadar ustazah scammer dalam kampung tersebut. 

Dapatkah mereka merungkai permasalahan ini?

Info dan Pelakon

Cerita ini mempunyai 9 episod sahaja dan dijangka ia akan menghiasi malam ahad di bulan ramadhan nanti. Tarikh mula ditayangkan adalah pada 5 mac 2023 di saluran Astro Ria. Berikut merupakan senarai pelakon dalam cerita imam instant ustazah scamer ini.

  • Mira Filzah
  • Hun Haqeem
  • Mierul Aiman
  • Rozita Che Wan
  • Dato Jalaludin Hassan
  • Azza Elite

Drama ini merupakan ceria asal amar amir dan diarahkan oleh Hadith Omar. Tak sabar pula nak tengok cerita ni sampai habis macam mana kan. Selamat menonton.


Previous Post Next Post