Cinta Ke Dua

Drama Cinta Ke Dua ini mengisahkan tentang kehidupan suami isteri yang bercerai tetapi mahu rujuk semula dan lebih parah si isteri telah diceraikan dengan talak 3. Antara pelakon yang terlibat dalam cerita ini adalah Raden Zaharatul, Hafidz Roshdi, Syarul Ezani dan Syazuwan Hassan.


Cinta Ke Dua


Bagaimanakan permulaan kisah perceraian mereka ini adakah mereka mampu kembali ke pasangan masing-masing?

Sinopsis Cinta Ke Dua

Drama ini mengisahkan tentang ammara. Dia diceraikan oleh suaminya dengan talak tiga. Namun begitu si suami mahu kembali kepada Ammara. si suami yang bernama afiq sanggup meminta Rizki menjadi cina buta demi mendapatkan kembali ammara.

Tapi rancangan itu gagal apabila terbongkar satu rahsia disebalik penceraian afiq dan amara. Serta kes kematian kembar amara juga terbongkar. Setelah 3 tahun meninggalkan Ammara, Rizki semakin rindu dan sayang dengan amara. 

Dia nekad mahu menjadikan amara sebagai isteri. Dapatkah dia memperisterikan wanita itu?

Info DAN Pelakon

Drama ini mempunyai 28 episod kesemuanya dan akan disiarkan pada isnin hingga jumaat ja 7 malam di slot akasia. Ia merupakan karya arahan  Idora Abdul Rahman dan skripnya ditulis oleh Siti Solehah Abdul Ghani, Ramlah Rashid dan Eja Lorena

Berikut merupakan senarai pelakon cinta ke dua yang terdiri daripada 

  1. Raden Zaharatul sebagai Bella Ammara
  2. Hafidz Roshdi sebagai Daniel Rizki
  3. Syarul Ezani sebagai Afiq Adam
  4. Syazuwan Hassan sebagai Kamal
  5. Aleza Shadan sebagai Puan Hana
  6. Noniswara sebagai Puan Sri Nia
  7. Hanna Halim sebagai Sofea
  8. Amir Mirza sebagai Hanas
  9. Marc Syahmie sebagai Mika
  10. Kael sebagai Budi

Cerita ini best sebab lain daripada yang lain. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton drama ini nanti tau.



Previous Post Next Post