Baru-baru ini, Kami TV telah ditayangkan di saluran Astro Citra dan ia merupakan telefilem yang dibintangi pelakon hebat seperti Nafiz Muaz, Aniq Suhair dan Siti Khatijah Halim.
Sinopsis Kami TV
Telefilem ini mengisahkan tentang kehidupan dua orang kawan baik sejak dari zaman belajar di sebuah kolej. Kini mereka merupakan pengasas kepada Channel Kami Tv di sebuah platform sosial media.
Persahabatan mereka tergugat selepas muncul seorang wanita dalam kumpulan tersebut. Adakah mereka akan menggadai persahabatan mereka kerana seorang perempuan atau sebaliknya?
Sama-sama kita saksikan di astro citra.
Info telefilem
Ia ditayangkan pada hari sabtu 14 januari 2023 pada jam 10 malam. Karya arahan dharma nasution dan skripnya ditulis oleh afifa asram ini dibintangi pelakon lain seperti Alicia Amin, Mustaqim Bahadon, Maria Farida, Yassin
Selamat menonton!