Sinopsis Filem Mentega Terbang

Mentega Terbang merupakan sebuah filem indie yang ditayangkan di saluran VIU sejak 19 Januari 2023. Ia dibintangi pelakon hebat seperti Syumaila Salihin, Firdaus Karim, Nik Waheeda, Arjun Thanaraju, Khairunazwan Rodzy, Shyamala Kandapper, Jsebel Lee dan ramai lagi.


Sinopsis Filem Mentega Terbang


Pada mulanya, filem ini tidak lepas untuk ditayangkan di pawagam oleh FINAS. SEBAB utamanya adalah ada sensitiviti kaum dalam cerita ni. tapi kini, dia mendapat greenlight untuk ditayangkan di VIU.

Sinopsis Filem Mentega Terbang

Aisyah merupakan seorang gadis yang diuji dengan ibunya yang sakit kerana kanser dan menunggu masa dijemput ilahi. Bapanya pula seorang yang berfikiran liberal dan bersikap terbuka.

Aisyah mempunyai persoalan yang besar iaitu kehidupan selepas mati. Adakah wujud hidup selepas mati? Jika wujud, bagaimanakah keadaanya? Bagaimana rupanya syurga dan neraka? Pelbagai lagi persoalan yang timbul ketika itu.

Bagi menjawab persoalan tersebut, dia mula mengembara ke satu agama ke agama yang lain. Dari Kristian ke Judaism dan kemudian ke agama Hindu. Dari situlah, dia bertemu Uncle Kasim, Suresh, Auntie Esther dan Milo.

Tetapi pada akhir pengembaraannya, adakah Aisyah dapat jawapan yang dicari?

Info dan review mentega terbang

Filem ini ditayangkan pada 19 januari 2023 di VIU dan merupakan cerita asal khairi anwar dan dia juga mengarahkan filem ini.

WATAK pelakon cerita ini terdiri daripada;

  • Syumaila Salihin sebagai Aisyah
  • Arjun Thanaraju sebagai Sures
  • Firdaus Karim sebagai Abah/Jailani
  • Nik Waheeda sebagai Mama/Jamhariah
  • Khairunazwan Rodzy
  • Shyamala Kandapper
  • Jsebel Lee

sampai kena banded dengan finas ni mesti jalan cerita dia agak berat untuk difahami kan. jadi korang pastikan korang tahu apa yang ditayangkan tau.

jaga tergugat iman di dada :)


Previous Post Next Post