Sinopsis Filem Duan Nago Bogho

Filem Kelantan, Duan Nago Bogho atau Duan Ular Tedung Selar ini merupakan karya arahan pelakon dan pelawak Sabri Yunus untuk peminatnya. Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Jojo Goh, Sangeeta, Rosyam Nor dan ramai lagi menjadi ia antara filem yang wajib ditonton untuk tahun 2023 ini.


Sinopsis Filem Duan Nago Bogho


Sinopsis Filem Duan Nago Bogho 

Filem ini mengisahkan tentang Duan yang merupakan seorang artis Mak Yong. Dia telah berhijrah ke Kuala Lumpur selepas didesak oleh ibu bapanya. ini kerana dia terlibat dalam satu pergaduhan di kampungnya.

Di KL, dia berkenalan dengan kawan sekampungnya dan dia juga telah mula sibuk bekerja sehinggakan dia meninggalkan aktiviti seni Mak Yong yang telah lama hidup dalam dirinya.

Duan kemudian menjadi mangsa apabila dia cuba menyelamatkan seorang gadis daripada sekumpulan penjenayah. 

Gadis tersebut diculik kerana dendam abang ketua penjenayah yang dihukum mati selepas membunuh teman lelaki gadis berkenaan.

Bagaimana kesudahan cerita Duan ini? sama-sama kita saksikan di pawagam deh!

Info Filem

Duan nago ini di arahkan oleh Sabri yunus dan dia juga menjadi penulis skrip untuk filem ini. Barisan pelakon pula terdiri daripada Asrul Faizal Kamaruzaman, Jojo Goh DAN Arjunasukma Datuk Rosyam Nor, Sabri Yunus, Asrul Faizal dan Jojo Goh. 

Selain itu, kita juga ada pelakon lain seperti Saidi Sabri, Angeline Tan, Jason Chong, Sangeeta Krishnasamy, Issey Fazlisham dan ramai lagi.


Komen sabri yunus

Dalam satu temubual bersama media, Sabri Yunus berkata karya nya bukan semata-mata untuk orang kelantan tetapi untuk semua bangsa yang ada di dalam Malaysia.

Sabri berkata; “Sebenarnya saya memilih Mak Yong sebagai latar cerita saya. Kalau kritikan sosial itu tidak berlaku kepada Mak Yong sahaja tapi kepada keseluruhan seni, termasuklah  sosial, politik semua ada dalam cerita tersebut.


“Dan bagi saya, kalau dikatakan tamparan kepada penggiat Mak Yong,  saya rasa memang karya perlu ada realiti sebegini. Ia memang kena  ada pertembungan nilai tu. 


“Tapi dalam cerita ni, saya tidak kata orang Kelantan tu kedekut, tapi apa yang kita bawakan ini adalah realiti sebenar dalam kehidupan,” jelasnya.


Jadi jangan lupa untuk menonton filem nago bogho ini di pawagam terdekat anda!


Previous Post Next Post