Sinopsis Drama Bukan Syurga Pilihan

Drama baru, Bukan Syurga pilihan merupakan drama terbitan astro yang ditayangkan di saluran astro Prima dan juga Prima HD. 

Jalan cerita drama ini diadaptasi dari sebuah novel bertajuk GANTUNG karya AH Clans dan ia ditayangkan pada setiap hari isnin hingga jumaat pada jam 6 petang. Antara barisan pelakon utama dalam drama ini adalah  Nadiya Nisaa dan Ungku Ismail Aziz.

Sinopsis Drama Bukan Syurga Pilihan

Drama dengan jumlah episodnya sebanyak 40 episod ini sudah mula ditayangkan sejak 2 Januari 2023 tau. Bukan syurga pilihan ini mengisahkan tentang Tihani Zahira yang merupakan seorang wanita yang menjadi mangsa kekejaman rumah tangga dan telah diceraikan talak tiga oleh bekas suaminya, Zaid.


Sinopsis Drama Bukan Syurga Pilihan


Setelah itu, Zaid merayu mahu wanita itu kembali kepadanya dengan cara berkahwin dengan lelaki lain. Tetapi percaturan Zaid silap apabila Tihani Zahira berkahwin dengan lelaki yang sudah lama menyimpan perasaan pada wanita itu.

Megat Ariff, seorang usahawan muda yang memendam perasaannya pada Tihani Zahira. Akhirnya, berjaya mengahwini wanita itu setelah Tihani diceraikan suaminya.

 Namun, perkahwinan mereka dibuat secara rahsia tanpa pengetahuan Bonda Megat Ariff, Toh Puan Ulya yang sangat mementingkan darjat dalam keturunannya. 

Toh Puan Ulya yang tidak mahu wanita biasa-biasa menjadi menantu, membuatkan Megat Ariff terpaksa menyorokkan perkahwinannya dengan Tihani Zahira.

Toh Puan Ulya mengatur strategi untuk memisahkan Megat Ariff dan Tihani Zahira. Segalanya rancangannya berjaya apabila Megat Ariff percaya dengan fitnah yang dibuat oleh bekas suami Tihani dan wanita itu dihalau dari rumah milik Megat Ariff sewaktu dia sarat mengandungkan anak pertama mereka.

Kehidupan Tihani berubah seratus peratus selepas dihalau. Sehingga dia menjadi gelandangan di ibu kota Kuala Lumpur. Tiada tempat bergantung hidup. Dan... Megat Ariff sendiri yang menghancurkan hidup Tihani.

Sepanjang tempoh menjadi gelandangan, Tihani terpaksa merempat di merata tempat sehingga dia melahirkan anak sulungnya tanpa suami di sisi. 

Melahirkan seorang anak istimewa tanpa sokongan sesiapa bukanlah sesuatu yang mudah. Setelah apa yang dia lalui, Tihani nekad mahu meneruskan hidupnya walaupun dia di gantung tak bertali.

Setelah kebenaran terbongkar, Megat Ariff kembali mencari Tihani dan mahu wanita itu kembali kepadanya. Namun, Tihani yang berubah keras menyukarkan Megat Ariff untuk memujuk wanita itu.

Sepanjang Megat Ariff memujuk Tihani, pelbagai peristiwa yang telah menimpa kehidupan mereka.

Info Dan Pelakon Bukan Syurga pilihan.

Drama ini diarahkan oleh Ungku Ismail Aziz yang juga merupakan pelakon utama dalam cerita ini. selain itu drama ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Nadiya Nisaa, Azizah Mahzan, Fezrul Khan, Aishah Ilias, Fathil Dani, Ady Mohammad, Zarina Zainoordin, Nasz Sally dan Mardiana Alwi.

Bagi watak-watak dalam drama ini, kita ada seperti berikut; 

  • Ungku Ismail Aziz sebagai Megat Ariff
  • Nadiya Nisaa sebagai Tihani Zahira
  • Azizah Mahzan sebagai Toh Puan Ulya/ Dato' Ilya
  • Fezrul Khan sebagai Zaid
  • Mardiana Alwi sebagai Syahrini
  • Aishah Ilias sebagai Puteri Sofea

Aku yakin ramai yang sudah follow drama ini, jadi bagi yang masih belum tonton, pastikan korang tonton dari awal tau. bukan apa takut tak tahu hujung pangkal dia pula yer.

selamat menonton.


Previous Post Next Post