Sinopsis Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang

Filem baru, Coast Guard Malaysia: Ops Helang akan mula ditayangkan di pawagam pada 2 Februari 2023 ini. Dibintangi oleh pelakon hebat seperti saharul ridzwan, adlin aman ramlee dan juga Julia Farhana Marin.

Untuk pengetahuan korang, filem ini mengisahkan tentang kehidupan agensi penguatkuasa maritim malaysia dalam memastikan keamanan perairan laut negara terus dijaga.


Filem Coast Guard


Sinopsis Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang

Filem ini mengisahkan tentang Leftenan  Hafiz yang merupakan salah seorang Pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Dia ingin memulakan kehidupan barunya selepas dia mengalami Gangguan Stress Pasca Trauma (PTSD) akibat kehilangan rakan setugasnya dalam sebuah misi operasi. 

bagi memulihkan kembali kehidupannya, dia membawa tunangnya Nurul untuk tinggal bersama setelah mereka memutuskan untuk berkahwin. 

Namun, satu tragedi berlaku ketika Majlis Sambutan Pertunangan mereka apabila sekumpulan penjenayah yang tidak dikenali telah menyerang mereka dan menculik Hafiz, Nurul dan ibu-bapanya serta beberapa lagi tetamu lain termasuk beberapa Anggota APMM untuk dijadikan tebusan. 

Leftenan Maritim Melati (Julia Farhana), seorang Pegawai Penyiasat APMM daripada Bahagian Siasatan Jenayah Maritim yang ditugaskan untuk menyiasat kes itu berjaya menemui dan menyelamatkan Hafiz, Nurul dan bapanya. 

Krisis terus meruncing apabila kumpulan penjenayah itu berterusan mencabar komitmen Hafiz dan APMM lalu menyebabkan satu operasi besar-besaran diaktifkan sehingga kumpulan penjenayah terbabit tumpas.

Info Coast Guard Malaysia: Ops Helang

Filem ini bergenre aksi dan mula ditayangkan di pawagam pada 2 februari 2023 ini. Ini juga merupakan karya terakhir pengarah Allahyarham Pitt Hanif yang juga anak lelaki Fauziah Nawawi.

Antara pelakon dan watak mereka dalam filem coast guard ini adalah seperti berikut; 

  1. Saharul Ridzwan sebagai Hafiz
  2. Adlin Aman Ramlee
  3. Julia Farhana Marin sebagai Leftenan Melati
  4. Hazama Azmi Hazama Kadok
  5. Sabri Yunus sebagai Pak Am
  6. Aziz M. Osman sebagai Rahmat
  7. Sherie Merlis sebagai Khatijah

selain itu, kita turut akan melihat karya lakonan pelakon Akmal Ahmad, Wanna Ali , Azlan Komeng, Yuznor, Trisha Ooi, ,Kodi Rasheed, Fizz Fairuz ,Aman Nassim ,Iman Zulkarnain ,Gambit Saifullah dan pelakon Eqy Affandi dalam filem ops helang ini tau.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton filem menarik ini tau! selamat menonton.


Previous Post Next Post