Siapa Zack Tabudlo? Video Youtubenya mencecah 89 Juta Tontonan!

Siapa Zack Tabudlo? penyanyi asal dari Filipina ini semakin viral di Malaysia menerusi lagu Pano. Sebenarnya lagu ini mula popular di Indonesia dan kini menjadi siulan oleh rakyat Malaysia pula.

Pano merupakan lagu berbahasa tagalog yang bermaksud bagaimana. Zack juga kini lebih dikenali di negara asia tenggara berbanding negara asalnya sendiri. Zack pernah mengatakan "Saya berharap mereka akan mendengar lebih banyak lagu baharu saya di masa hadapan. Yang pasti lagu-lagu yang lebih menyeronokkan dari Pano dari segi gaya dan genre untuk mereka nikmati sambil berhibur," 


Biodata zack tabudlo


Biodata Zack Tabudlo

Nama Penuh : Zack Nimrod Tabudlo

Tarikh Lahir : 6 Disember 2001 - Umur 21.

Asal : Las Piñas, Metro Manila, Philippines

Instagram : https://www.instagram.com/zack.tabudlo/

Zack tabudlo juga merupakan seorang penyanyi, penulis lirik dan juga producer lagu. Dia juga ppernah menyertai syarikat rakaman seperti Ivory Music & Video (2018–2020), Island Records Philippines (2020–2022), MCA Music/UMG (2020–present) dan juga Republic Records Philippines (2022–present).

Single sulungnya "Nangangamba" telah dikeluarkan pada tahun 2020. Lagunya "Binibini", dikeluarkan pada 2021, memecahkan rekod sebagai lagu tempatan teratas di carta Filipina Spotify. Album sulungnya, Episod, telah dikeluarkan pada 15 Oktober 2021.

Pada 2022, Tabudlo menjadi salah seorang artis dalam label Republic Records Philippines yang baru dilancarkan di bawah UMG Philippines.


Previous Post Next Post