The Masked Singer Malaysia 3, Semuanya BARU!

Siapa pula di sebalik The Masked Singer Malaysia 3 yang bakal membuka tirainya tidak lama lagi. Selama dua musim berturut-turut ia memberikan satu impak yang positif kepada penonton dan kini mereka kembali untuk musim yang ketiga.

Seramai 15 orang bersembunyi di belakang topeng dan mereka akan diadili dan diteka oleh 7 orang juri baru bagi menambahkan lagi kesukaran dalam tekaan peserta. siapakah yang terlibat dalam tmsm3 kali ini?

Barisan juri the masked singer malaysia 2022

rancangan yang diadaptasi dari rancangan popular dari Korea Selatan, ‘The King of Mask Singer’ telah berjaya mencetuskan satu fenomena yang cukup gah dan diminati ramai. Musim pertama dulu, kita ada Aina Abdul sebagai juara yang pertama. ketika itu dia membawa kostum bunga raya.


The Masked Singer Malaysia 3


Musim kedua pula, Shila Amzah yang membawa kostum Rambutan berjaya merangkul juara musim yang kedua.

Siapa pula juara musim ketiga TMSM nanti?

7 Orang juri baru bakal mengisi slot tekaan juri ini. Mereka terdiri daripada atu, elly mazlein, sharnaaz, emma maembong, zul ariffin, didie alias dan ella.

Barisan peserta Disebalik topeng the masked singer malaysia 3

Kali ini kita ada 15 kostum baru untuk musim baru ini yang direka khas oleh Akma Suriati Awang dan juga Hatta Dolmat.

mereka terdiri daripada; 

  1. Mawar Berduri
  2. Kurita
  3. Si Tangkis
  4. Betta Fish
  5. Lollipop
  6. Bertih Jagung
  7. Zirafah
  8. Abg Burger
  9. Mr Parrot
  10. Manggis
  11. Pizza Panas
  12. Brokoli
  13. Nyoq Muda
  14. Dewi Angsa 
  15. Si Mawas

Bagi hos pula masih dikekalkan Dato AC Mizal bagi musim ketiga berturut-turut tau! Jangan lupa untuk saksikan rancangan ini pada setiap hari jumaat jam 9 malam di Astro Warna.

Selamat menonton.

Previous Post Next Post