Sinopsis Drama Kerana Cinta Itu Ada

Pelakon utama Drama Kerana Cinta itu ada terdiri daripada pelakon hebat iaitu Aedy Ashraf dan juga Nabila Razali. Drama yang di adaptasi dari novel karya Sophilea ini akan menemui penonton pada 2 Disember 2022 ini di saluran TV3.

Drama arahan Azri Izhar ini mengambil slot Akasia dan akan ditayangkan pada setiap hari jam 7 malam.

Sinopsis Drama Kerana Cinta Itu Ada


Drama ini mengiisahkan tentang sebuah pertemuan Nabila Aulia ataupun Bella dan Tengku Aisy Mateen dimulakan dengan insiden pergaduhan kerana berebut bunga Lily di kedai bunga. Bella berhenti kerja di sebuah hotel dan pulang ke kampungnya.


Sinopsis Drama Kerana Cinta Itu Ada


Tengku Aisy mengambil keputusan untuk mengambil alih hotel milik bapanya setelah terdengar perbualan Zhafran dan ibu tirinya, Tengku Lydia yang ingin membolot semua saham hotel bapanya. Keputusan ini telah membawa kepada pertemuan semula Aisy dan Bella yang kini menguruskan resort milik keluarganya di kampung, Vila Paksina.

Zhafran memperkenalkan Dahlia kepada ibu angkatnya, Tengku Lydia tapi Dahlia dihina oleh Tengku Lydia. Zhafran yang terpengaruh dengan kata-kata Tengku Lydia mula mengejar cinta Bella dan tinggalkan Dahlia.

Kedatangan Tengku Aisy telah menarik perhatian Dahlia.


Dahlia cuba memikat Tengku Aisy tetapi Tengku Aisy telah melamar Bella sebagai isterinya. Dahlia semakin membenci Bella tetapi dia masih berbuat baik dengan Bella demi kepentingannya.


Menjelang hari pernikahan, Bella difitnah mempunyai hubungan dengan Rayyan. Oleh kerana trauma dengan kecurangan bekas tunang, Aisy terus menghukum Bella tanpa berfikir secara rasional. Aisy mahu memutuskan pertunangan tetapi Bella merayu Aisy untuk hadir ke majlis pernikahan demi maruah ibu bapanya. Aisy bersetuju dengan mengenakan syarat pada Bella.


Aisy menyakiti hati Bella dengan tindakan memilih Dahlia. Bella semakin terluka melihat Aisy dan Dahlia. Bella nekad sambung belajar dan meninggalkan surat untuk Aisy melepaskannya. Setelah beberapa tahun, Bella pulang ke Malaysia dan terkejut bahawa dia masih isteri yang sah kepada Aisy.


Masihkah ada peluang untuk Aisy membetulkan kesilapannya? Dapatkah Bella menerima Aisy kembali sebagai suaminya? Apakah yang terjadi kepada Dahlia yang sanggup mengkhianati sahabat baik demi kepentingan diri?

Senarai Pelakon Drama Kerana Cinta itu ada

Berikut merupakan watak pelakon yang terlibat dalam cerita kerana cinta itu ada.

  1. Aedy Ashraf sebagai Aisy (Tengku Aisy Mateen)

  2. Nabila Razali sebagai Bella (Nabila Aulia)

  3. Puteri Khareeza sebagai Dahlia Rizal

  4. Alvin Chong sebagai Rayyan

  5. Syazuwan Hassan sebagai Zafran

  6. Raden Zaharatul sebagai Dayyan

  7. Emelda Rosemila sebagai Puan Dhia

  8. Mas Anizan sebagai Puan Alawiyah

  9. Dato Shah Rezza sebagai Encik Nazri

  10. Safura Yaakob sebagai Puan Hasni

  11. Syaffiq Sahli sebagai Nahfiz

  12. Dian P Ramlee sebagai Puan Arifah

  13. Husna Mustaffa sebagai Aina

  14. Anas Ridzuan sebagai Mamat

  15. Saidah Kamarudin sebagai Yana

  16. Nick Naem sebagai Edie

  17. Najua Pramlee

  18. Edika Yusof

Tak sabar nak tengok keseluruhan episod untuk drama ini. Yang paling best sebab ada bella jer tau.. hehe 

Selamat menonton!


Previous Post Next Post