Dah Bayar RM 33K, Datuk Seri Vida Tarik Diri Daripada ...

Perasaan terlalu takut menyebabkan usahawan terkenal iaitu Datuk Seri Vida atau lebih dikenali sebagai DSV menarik diri dari satu pembedahan bariatrik sekitar enam tahun lalu. Vida juga berkata dia telah membuat pembayaran wang deposit sebanyak RM33,000  untuk pembedahan tersebut.


Dah Bayar RM 33K, Datuk Seri Vida Tarik Diri Daripada ...


Vida berkata "Namun, saya batalkan hasrat pada saat-saat akhir kerana takut walaupun wang pendahuluan sudah dibayar. Saya tiba-tiba tak sanggup nak buat (pembedahan).

"Syukur, Allah masih sayang saya. Ketika itu, saya berhasrat nak buat pembedahan (bariatrik) pun sebab teringin nak kurus dan rasa cantik. Ditambah ketika itu, saya juga adalah penaja Gegar Vaganza.

"Selain itu, saya juga terpengaruh dengan rakan-rakan yang melakukan pembedahan itu. Jadi, saya pun mahu mencubanya. Tapi, mujur akhirnya tak jadi," katanya memetik laporan Harian Metro.

"Saya hanya nak amalkan guna produk sendiri. Tak perlu bedah. Tapi, kepada rakan usahawan lain, saya ingatkan agar tidak mengambil kesempatan kepada pengguna sekiranya anda kurus secara pembedahan," katanya.


Previous Post Next Post