Jaclyn Victor Nak Guna Hadiah RM 100k Untuk ..

Juara GV9, Jaclyn victor berjaya membawa pulang hadiah berjumlah RM100 000 dan trofi beserta dengan pakej penginapan dan percutian. ketika ditanya apa yang di plan dengan hadiah kemenangan itu. Jaclyn yang terkenal dengan lagu gemilang itu berkata dia masih belum memikirkan plan untuk menggunakan duit itu setakat ini.


Jaclyn Victor Nak Guna Hadiah RM 100k Untuk ..


Jaclyn Victor Nak Guna Hadiah RM 100k Untuk ..

Penyanyi itu juga berkata ; "Saya amat bersyukur dengan kemenangan ini. Segala kepayahan selama 11 minggu ini berbaloi. Apa yang penonton nampak di kaca TV tak semudah yang dibayangkan.

"Dengan hadiah kemenangan ini saya hanya terfikir untuk berikan wang itu kepada dua orang anak saya untuk simpanan masa hadapan.

"Tak terfikir nak beli apa-apa lagi kerana mereka pun setakat ini dah cukup segalanya terutama mainan yang rasanya banyak dah tu.

"Jadi lebih baik duit ini masuk untuk tabungan mereka sahaja kerana sebelum ini pun apa-apa duit saya galakkan untuk mereka menyimpan," katanya 

"Selepas ini, saya akan berehat dan bercuti bersama anak-anak kerana mahu luangkan masa lebih kepada mereka.

"Yelah, selama 11 minggu saya di GV9 saya kurang luangkan masa bersama mereka kerana terpaksa melakukan persiapan untuk persembahan," kongsinya.

Previous Post Next Post