Telefilem Mandi Mayat

Sebuah telefilem baru, Mandi Mayat yang dilakonkan oleh pelakon hebat zul ariffin dan khatijah tan bakal menemui penonton pada 8 oktober ini. Cerita ini mengisahkan tentang pengurus mayat yang mengalami pengalaman aneh selepas melanggar satu pantang larang ! Nak tahu apa dia?

Telefilem Mandi Mayat

Cerita ini menceritakan tentang syawal. Dia seorang lelaki yang bekerja sebagai pengurus jenazah di sebuah rumah mayat Hospital. Syawal baru mula bekerja tetapi dia sudah mula menerima mayat yang pelbagai dan sebab kematian yang berbeza-beza.

Telefilem Mandi Mayat






Dia juga mula mengalami peristiwa aneh selepas dia melanggar pantang larang orang tua ketika mengurus jenazah sehinggakan dia terkena badi mayat. Dapatkah syawal keluar dan bebas dari badi tersebut?

Info Mandi Mayat

Cerita seram ini akan ditayangkan pad a8 oktober 2022 pada hari sabtu jam 10 malam di astro citra tau. Ini merupakan idea asal syawal azrai dan skripnya ditulis oleh Srikandi Emma & Seri Dewi. Pengarah telefilem ini pula adalah Azmir Affandi dan dibintangi pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Khatijah Tan, Syefikk, Che Nurul Ain Syahira, Khairul Annuar Hj Jantan

Selamat menonton.

Previous Post Next Post