Sebuah telefilem bertajuk DANIA yang akan ditayangkan di saluran tv3 pada 23 oktober ini dan ia dibintangi oleh pelakon hebat seperti Aedy Ashraf dan Puteri Balqis. Sebenarnya telefilem dania ini telah ditayangkan pada 18 jun yang lalu dan kiranya ia akan diulangsiar pada minggu ini.


Telefilem Dania


Sinopsis Dania

Cerekarama ini mngisahkan tentang seorang gadis remaja bernama Dania. Dia di sekolah sangat suka menyendiri dan kawan-kawannya juga tidak mahu mendekatinya.

Abangnya Luqman, bimbang dia akan menjadi anti-sosial. Kemudian Dania berkenalan dan mula berkawan dengan seniornya yang bernama Sarimah. Sarimah menjaga Dania dengan baik sehingga menyebabkan Dania selesa dan percaya dengan dia. 

Sarimah memperkenalkan Dania kepada Cikgu Bahar untuk tuisyen percuma. Semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah Bahar mengambil kesempatan ke atas Dania dan merogolnya. 

Geram dan malu, Dania mengalami kemurungan berikutan kejadian itu. Luqman hanya mengetahuinya setelah banyak menyoal apabila dia perasan sesuatu tidak kena pada Dania. 

Bahar kemudian ditangkap tetapi kes digugurkan. Pengorbanan dania dan luqman dalam memastikan kes ini diteruskan perlu dijadikan iktibar kepada kita semua. jom kita tengok betapa peritnya menjadi mangsa bila undang-undang tidak berpihak kepada kita.


Info Dania

Macam aku bagitau tadi, telefilem ini telah ditayangkan pada Sabtu, 18 Jun 2022, 10:00 malam dan akan diulang siarkan semula pada 23 oktober 2022 ini. Cerita ini diarahkan oleh Eyra Rahman dan dibintangi pelakon seperti Aedy Ashraf, Puteri Balqis, Fezrul Khan, Aida Aris dan Nafiez Zaidi.

Selamat menonton.


Previous Post Next Post